Adik jatuh Longkang
>> Tuesday, May 18, 2010
Tengah hari semalam masa mak tunggu adik kat sekolah, tetiba je datang kawan adik masa kat kelas 1 Amanah dulu - Siti, bagitau kat Mak yang tadi adik jatuh dalam longkang sebab kena tolak. Habis semua bajunya kotor.
Bila adik dah sampai kat mak terus mak tanya betul ke tidak yang tadi adik kena tolak dan jatuh kat dalam longkang. Adik terus cerita yang masa rehat tadi lepas makan, adik jalan2 dengan kawan dia, pastu tiba2 je ada budak lelaki rempuh dia sampai adik terus jatuh kat dalam longkang. Semua bajunya kotor tapi kepala adik tak kena apa2. Tangan adik pun kotor tapi dia dah basuh. Adik cerita lagi... masa dia jatuh tu ada ramai orang yang tolong dia..... adik sakit kat pinggang. Masa adik duduk kat atas tangga, abang Haikal pun ada sama.
Nampaknya budak yang langgar adik tu tak sengaja.... dia pun ada tolong adik sama. Cumanya adik ada kat tempat dan masa yang salah. kena langgar terus jatuh. Kesian adik.
Read more...
Labels:
Adik
Pagar Depan Adik Patah
>> Sunday, May 16, 2010
Hari ni hari guru..... balik dari sekolah dua2 anak mak terus mandi dan makan t/hari. Pastu masa tengah makan tu lah adik kecoh2... kebetulan masa tu mak tengah solat. Bila mak dah sudah solat adik datang tunjuk kat mak yang gigi depannya dah goyang sangat. Kebetulan masa tu tengah online dengah abah. Abah suruh terus bawa adik ke klinik.
sampai kat klinik, doktor tak ada lagi.... tapi assistancenya ada.... dia tengok gigi tu dah goyang sangat. Dia cakap dia boleh cabutkan. Rupanya dua2 gigi depan adik tu dah goyang.... apalagi cabut aje dua2 tu...... Emmmm....pagar depan adik dah patah dua batang.
Adik malu2 nak tunjuk giginya dah tak ada
Sekali cabut dua sekaligus
Totally different !
Read more...
Labels:
Adik
15/5/2010
Air kolam yang dok ada kat dalam kolam aritu.... mak suruh budak2 ni gunakan tuk siram pokok.... dah namanya pun budak.... abis basah semua simen. Dan tu lah penyebab pada apa yang jadi petang semalam.
Semalam Wan jatuh terlentang sebab tergelincir kat simen basah tu...... masa tu semua orang pun takut sebab lepas jatuh tu Wan macam tersenyap sekejap.... mungkin Wan tengah terkejut.... Wan habis basah sebab a part of badan Wan termasuk ke dalam kolam.... yang mengadap masa tu Mak, Myra dan aisya.
Lepas angkat wan tu.... wan ngadu sakit kat punggung mungkin sebab terhentak.... belakang, dan tengkuk....apa2 pun apa yang jadi tu sangat2 menakutkan budak2 semuanya tersenyap... Myra ngan Aisya tersenyap terus tak terkata apa. Cuma Mak saje yang menjerit masa tu.......
Pagi ni Wan ngan Aki dan myra dah berangkat balik ke pekan... Wan cakap nak gi berurut. Harapnya tak ada apa2lah. Amin
Read more...
14/5/2010
>> Saturday, May 15, 2010
Hari ni hari jumaat, Wan ngan Aki pagi2lah dah g pasar tani..... mak, haikal, aisya n mayra tinggal kat rumah..... so kami pun apalagi bikin program sendirilah..... membasuh kereta. Kenapulak tengah2 basuh kereta tu hari hujan...... wah! lagi seronok le.....
Lepas sudah basuh kereta, mak pun bukak kolam... memandangkan semua orang pun dah lecun baik dikasi berendam aje....... sekerat pagi main air sampai semua jari kecut2.
dua biji lagi buah sukun gugur
seronoknya.....
pelbagai aksi....
Best!
Petang pulak kami gi dungun rumah nenek.... sebelum tu singgah kat bandar dungun beli t-shirt PKRS abang haikal. hari yang sangat seronok
Read more...
Labels:
family
Haikal Khatam Quran
>> Friday, May 14, 2010
9/5/2010 - yang lepas Haikal dengan secara rasminya dah khatam Quran untuk kali yang pertama. Lepas bincang2 dengan Wan mengikut kesesuaian masa... akhirnya pada 13/5/2010 kami dah buat sikit makan2 untuk anak2 yang mengaji bersama2 Haikal dan Aisya. Ada jugak sikit cenderamata untuk kedua2 Ustazah yang dah mengajar Haikal selama ni.... Ustazah Ha dan Ustazah Su.
Untuk makan2 tu Mak dah tempah nasi dagang dengan Kak Nah orang rumah Cik Kamal. RM180 segantang. pastu balance2 nasai tu mak bagi2 kat orang sebelah2 dan kawan2 mak jugak.
Nasi dagang
Kuah Nasi dagang ngan ikan Tongkol
Mak ngan Wan tengah sibuk membungkus
Kain batik jawa untuk Ustazah
Cenderamata yang dah siap pack.
Read more...
Labels:
Haikal
Buah Sukun dan bunga melati
>> Sunday, May 9, 2010
Semalam masa nak gi jemur kain, mak terperasan ada buah sukun gugur kat dalam longkang. Semenjak abah tak de ni pokok sukun tu tengah rancak berbuah. putiknya pun dah banyak yang gugur tapi ada banyak lagi buah kat atas pokok tu.
Mak tak tahu nak buat macam mana dengan buah ni... sebabnya bila kita pegang rasa macam dah lembik sangat. Mak cuba kupas kulitnya tapi isi kat dalam tu macam dah benyek sangat... macam mana nak goreng kalau macam tu.... buahnya pulak kecik kalau nak di-compare dengan yang pernah mak tengok sebelum ni. Getahnya aje yang boleh harap.... tak tahu nak buat macam mana.....last2 masuk tong sampah!
Semenjak dua menjak ni pulak dalam rumah ni asyik berbau wangi aje sebabnya pokok bunga melati kat tepi longkang besar tu tengah lebat berbunga. Memutih bunganya. baunya semerbak masuk ke dalam rumah.
bunga melati....suka2 hati mak je nak bagi nama...
Pastu banyak pulak kelopak2nya gugur..... memutih pulak kat atas tanah...... macam musim bunga pulak.
Read more...
Labels:
Rumah kami
Subscribe to:
Posts (Atom)