Pagar Depan Adik Patah

>> Sunday, May 16, 2010

Hari ni hari guru..... balik dari sekolah dua2 anak mak terus mandi dan makan t/hari. Pastu masa tengah makan tu lah adik kecoh2... kebetulan masa tu mak tengah solat. Bila mak dah sudah solat adik datang tunjuk kat mak yang gigi depannya dah goyang sangat. Kebetulan masa tu tengah online dengah abah. Abah suruh terus bawa adik ke klinik.

sampai kat klinik, doktor tak ada lagi.... tapi assistancenya ada.... dia tengok gigi tu dah goyang sangat. Dia cakap dia boleh cabutkan. Rupanya dua2 gigi depan adik tu dah goyang.... apalagi cabut aje dua2 tu...... Emmmm....pagar depan adik dah patah dua batang.



Adik malu2 nak tunjuk giginya dah tak ada


Sekali cabut dua sekaligus


Totally different !

1 comments:

Abah May 20, 2010 at 2:05 PM  

Suke gambar yang bawah tu....hehehe