Buah Sukun dan bunga melati

>> Sunday, May 9, 2010

Semalam masa nak gi jemur kain, mak terperasan ada buah sukun gugur kat dalam longkang. Semenjak abah tak de ni pokok sukun tu tengah rancak berbuah. putiknya pun dah banyak yang gugur tapi ada banyak lagi buah kat atas pokok tu.

Mak tak tahu nak buat macam mana dengan buah ni... sebabnya bila kita pegang rasa macam dah lembik sangat. Mak cuba kupas kulitnya tapi isi kat dalam tu macam dah benyek sangat... macam mana nak goreng kalau macam tu.... buahnya pulak kecik kalau nak di-compare dengan yang pernah mak tengok sebelum ni. Getahnya aje yang boleh harap.... tak tahu nak buat macam mana.....last2 masuk tong sampah!

saiz buah ni hanya sebesar kepala anak patung adik aje....


Semenjak dua menjak ni pulak dalam rumah ni asyik berbau wangi aje sebabnya pokok bunga melati kat tepi longkang besar tu tengah lebat berbunga. Memutih bunganya. baunya semerbak masuk ke dalam rumah.




bunga melati....suka2 hati mak je nak bagi nama...





Pastu banyak pulak kelopak2nya gugur..... memutih pulak kat atas tanah...... macam musim bunga pulak.

1 comments:

Abah May 9, 2010 at 7:25 PM  

Aiyooo...dah cecah bumbung tu....kena potong takut tu, nanti takut kalau dah tinggi sangat payah nak potong. Nanti abah balik, abah potong. Sukun tu tak boleh lagi... buah lapis pertama biasanya x brape jadi...tu nama dia pokok baru nak blajar berbuah... tunggu lapis 2 atau 3... baru ok kot...