23 Jan 2010

>> Saturday, January 23, 2010

Kami tak tunggu hari ini..... tapi dia datang juga..... 23 Jan 2010 akhirnya tiba, pagi2 semuanya dah bersiap untuk hantar Abah ke airport Kuantan termasuk keluarga mama. Semua orang pun act macam tak dak apa2. Tapi Haikal nampak lain sikit walau pun selama ni dia nampak yang paling cool tapi dari semalam lagi dia dah jadi orang yang paling senyap..... Adik pulak asyik berlingkar dengan abah.



Apa yang sebenarnya ada dalam kepala Haikal? puas Mak tanya.... tapi Haikal tetap senyap. Pandangan matanya jauh sangat...... anak ni sememangnya tak tahu untuk meng-express-kan perasaannya. segala2nya dipendam dalam.... Kesian sangat.....



Pesanan dari abah untuk Haikal dan Aisya.... Aiman pun tumpang sama dengar....



Masih lagi mampu untuk tersenyum bila dihalakan kamera.... dalam hati Allah saja yang tahu.


Semua yang menghantar Abah ke Airport Kuantan.... cuma setakat ini sajalah kami mampu hantar Abah... bukan tak nak hantar sampai ke KLIA kalau boleh ingin rasanya turut sama ke UAE tapi apakan daya.....



Abah dan Pak cik Adam sama2 bergerak untuk check-in


A few minutes sebelum berlepas, Abah sempat untuk bersama-sama adik dan haikal....



Apa pun yang dirasa.... pendam saja dalam hati.....


Abah dah masuk ke ruangan untuk berlepas..... harapnya kami dapat untuk bersama semula. BILA? entah lah... Allah saja yang mengetahuinya.... Lambaian dari Abah.....

Read more...

Sebelum 23 Jan 2010

>> Friday, January 22, 2010


Dalam masa menanti tarikh 23 jan 2010, rasanya macam nak rakam semuanya..... seboleh mungkin kalau ada daya, rasa macam nak aje dihentikan jam biar masa pun terhenti sama. Tapi apalah daya... masa terus berjalan... hari tu akan tetap tiba juga. Sedikit sebanyak.... kami akan berusaha untuk merakamkan detik-detik yang sangat berharga buat keluarga kami.....

Kalau selama ini tugas menyiapkan adik ke sekolah semuanya mak yang buat tapi... lately adik asyik minta abah yang siapkannya dan tiada sebarang excuse pulak dari abah.... gambar ni diambil pada pagi 21 jan 2010


Gambar ni juga diambil pada 21 jan 2010... memang selama ni kalau abah ada kat rumah abah akan hantar Adik dan Haikal ke sekolah tapi gambar ini merakamkan kali terakhir Abah hantar Haikal dan adik ke sekolah sebelum Abah melapor diri ke Abu Dhabi...... tapi nanti2 bila Abah balik cuti ke Kerteh pastinya Abah still lagi akan menghantar anak2 kesayangannya ni ke sekolah seperti biasa.



Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam waktu yang hampir sama.... kereta putih yang dah hampir setahun tak bergerak tu akhirnya di tunda untuk diperbaiki.....



Sayu pulak bila tengok kereta ni bergerak pergi.......




Aisya dan Myra

Gambar ni diambil pada petang 22 Jan 2010.... di Maydin Pekan..... saje je ke sana untuk cari barang2 Abah sebelum Abah berangkat esok.....



Read more...