Adik jatuh Longkang

>> Tuesday, May 18, 2010

Tengah hari semalam masa mak tunggu adik kat sekolah, tetiba je datang kawan adik masa kat kelas 1 Amanah dulu - Siti, bagitau kat Mak yang tadi adik jatuh dalam longkang sebab kena tolak. Habis semua bajunya kotor.


Bila adik dah sampai kat mak terus mak tanya betul ke tidak yang tadi adik kena tolak dan jatuh kat dalam longkang. Adik terus cerita yang masa rehat tadi lepas makan, adik jalan2 dengan kawan dia, pastu tiba2 je ada budak lelaki rempuh dia sampai adik terus jatuh kat dalam longkang. Semua bajunya kotor tapi kepala adik tak kena apa2. Tangan adik pun kotor tapi dia dah basuh. Adik cerita lagi... masa dia jatuh tu ada ramai orang yang tolong dia..... adik sakit kat pinggang. Masa adik duduk kat atas tangga, abang Haikal pun ada sama.

Nampaknya budak yang langgar adik tu tak sengaja.... dia pun ada tolong adik sama. Cumanya adik ada kat tempat dan masa yang salah. kena langgar terus jatuh. Kesian adik.

2 comments:

Abah May 20, 2010 at 2:04 PM  

Kesian anak abah...
Budak yang langgar tu minta maaf x?

Kak Ina May 21, 2010 at 5:39 PM  

budak tu dah minta maaf kat aisya