Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sweet September...

>> Saturday, September 10, 2011

Tajuk macam nama group artis masa Abah kecik-2 dulu... Sweet September. Pada sapa yang x kenal... pandai-2 la google eh..?

Lama dah x update blog nih... x mo bagi alasan pasal mmg x de alasan pun... malas.

Kami sekeluarga baru jah balik ke Ruwais jumaat lepas... abah mcm biasa pasal masa cuti summer hari tu abah stay sini... kije nasib baik buleh balik sminggu sblum raya, dapek la den berayo.. mak, haikal & aisya sumer kat kampung Pekan, rumah wan sepanjang cuti 2 bulan hari tuh... skarang nih masing-2 tengah meng-adjust diri untuk start semula hidup kat sini. Esok Haikal & Aisya start skolah. Nasib baik abah buleh cuti, kalo x haru jugak org len start skolah esok, haikal & aisya delay 1 hari. Esok x perlu register mcm masa mula-2 masuk dulu, continue aje cuma nak kenal kelas mana, sapa homeroom teacher diorang and nak urus transpot untuk diorg nih. Aisya masih kat building lama Junior School, Haikal dah naik grade 6 kena pindah building baru. Hari tu kata grade 6 above, skolah asing lelaki perempuan. Mungkin construction x siap lagi, jadi mek arab Glenelg tu 3-4 kali tepon abah nak bagitau Haikal nanti kelas dia campur lelaki perempuan. Beriya dia tanya buleh ke tidak, abah nak kata apa, x kan nak kata... "haip!! mana buleh, kena asing"... nanti kang panjang pulak cerita dia dah la tergeliat telinga nak paham apa dia kata...

So, esok Haikal & Aisya mula semester baru... nak letak gambor ke? nanti lah kalu teringat nak bawak kamera esok ada la gambo... heheh...

Result diorang semester lepas?... nanti lah kalu x abah update, nanti mak yang update. Both of you makes me feel very proud... sumer hasil usaha gigih kalian dengan bantuan mak korang... abah cuma support dari blakang aje...

Read more...

2nd Day to School

>> Thursday, December 9, 2010

Hari ni cuma mak yang gi hantar Haikal n Aisya ke sekolah. Everything is fine. Tapi Abah masih tak dapat nak contact person yang incharge transport tu..... so nampak gayanya hari ni budak2 ni masih perlu amik trip pukul 3.00 tu.


Semalam masa balik dari sekolah.... Alhamdulillah.... dua2 nya seronok.... Haikal cakap dia dah ada kawan..... Zaki from Indonesia. Tapi dia kata both of them tak paham nak cakap melayu.... so kenalah communicate dalam B.Inggeris jugak... Tak pe lah... janji dah ada kawan. Tahu ajelah Haikal memang tak pandai nak berkawan, even kat Malaysia pun. Aisya jangan ceritalah...... dia memang seronok..... ada ramai kawan.... cikgu baik..... Satu yang sangat terkesan ialah bila dua2 pun komen yang sekolah baru diaorang ni bersih sangat. Haikal excited bagitau yang tandasnya bersih sangat.

Memang dua2 ni pun ada problem dengan kebersihan tandas masa kat sekolah lama sampaikan mereka selagi boleh tahan.... akan tahan.... sampai balik rumah baru lepas. Ni.... nampaknya mereka takkan ada problem cam tu lagilah kot.

Kat sekolah ni mereka ada 2 kali break.... satu untuk snack time satu lagi untuk Lunch time. Most of the kids there bring their own lunch. So, Mak kena prepare 2 meals.... satu untuk snack... satu lagi yang berat sikit untuk lunch.... by the time they arrive home, diaorg tak lah lapar sangat.

Both of them akan belajar bahasa Arab, bahasa perancis, IT, Math, English, Science, Art, Music, PE. and Islamic. Tambahan untuk adik ialah subjek Social Study. So far so good.... harapnya lepas ni mereka maintain ok.... especially untuk Haikal.... since Haikal dah grade 5. Banyak nak kena catch-up. Hari ni pun guru kelas dia which is also his english teacher plan to make short test sebab katanya Haikal macam banyak lost vocabulary.... Biasalah.... kita ni bukannya bercakap omputih sentiasa.... words kalau tak guna.... mana nak dok kat dalam kepala. Doakan yang terbaik untuk keduanya.

Read more...

Going to school

>> Wednesday, December 8, 2010

Hari ni adalah hari pertama untuk Haikal n Aisya attend sekolah. Kesian anak2 Mak.... tahun ni cuti mereka pendek je.... iyalah... kalau kat Malaysiakan masa ni tengah cuti lagi. Tak tahu apa perasaan budak2 ni berdua maklumlah hari ni 1st day sekolah kat sekolah baru... jumpa kawan2 baru... jumpa cikgu baru.... pas tu nanti nak bercakap bahasa Inggeris aje.... Tapi yang sure Mak memang gabra. Mak memang macam tu.... apa2 pun dia memang lebih. Berdebar tak sudah2.

Since ni 1st day.... hari ni g sekolah mak ngan abah sama2 g hantar. Naik Coaster yang diprovidekan. Dalam pukul 7 a.m coaster tu sampai. Kami untung sebab tepi rumah kami adalah port untuk coaster tu berhenti..... jadi senang aje nak tahu bila dia dah sampai.... nak cop tempat pun senang. Normally untuk anak2 Kindergarden (KG) mak2 depa akan hantar, means akan sama2 naik coaster tu hantar sampai masuk ke sekolah. Tak ada ayah2 pun..... so hari ni masing2 kat dalam coaster tu nampak cam pelik je bila abah pun naik sama.... tapi abah cam biasa buat bodoh je.....

Sampai kat sekolah kami diajak untuk buat tour sekeliling sekolah.... tengok kelas adik, tengok kelas Haikal. Adik seronok bila nampak kelas dia cantik sangat. Tapi paling seronok bila kami dapat jumpa dengan guru kelas adik dan Haikal. Guru kelas adik namanya Ms Perla Malloy. Beautiful and a very nice lady. Once dia nampak aje kami terus dia cakap " so.... this is my new girl"..... lepas tu kami terus tak nampak Aisya lagi..... kawan2 nya terus grab dia.... masing2 semuanya interested nak berkenalan. Lega rasa bila tengok macam tu......

Guru kelas Haikal pulak lelaki..... namanya Erich.... or something..... nampak sangat peramah.... dia tahu yang Haikal banyak dah ketinggalan.... tapi dia cakap jangan risau..... Dalam kelas Haikal rupanya ada sorang Indonesian...... Budak2 kat dalam kelas tu pun nampak macam ok..... Hemmmm..... Mak lega sangat...... nampak gaya dua2 pun macam ok je dengan their new surrounding. Apa2 pun.... nak tahu cerita selebih kena tunggu lepas diaorg balik dari sekolah pukul 2.30 pm nanti.


Aisya dah siap nak g sekolah.... ngan beg n lunch begnya



Abang Haikal..... memang tak tahan sejuk


So.... inilah uniform sekolah Haikal n Aisya..... just T-shirt n seluar.... rasanya pakai cam ni lagi selesa untuk mereka belajar....... kalau kat Malaysia tukar uniform cam ni je kan senang. Selesa pun selesa.


Unfortunately...... tak ada pulak coaster yang akan bergerak untuk pick-up anak2 sekolah around 2.30. Yang adanya pukul 12.45 dan next trip..... 2.40 dari NCC dan sampai ke Ruwais dalam pukul 3.00. Means.... Haikal n Aisya need to wait until 3.00 baru ada coaster. Pas tu sampai rumah semula dalam pukul 3.40. Cam ne tu? Aduilah..... siannya anak2 mak..... Abah cakap nanti dia try to do something.

Read more...