Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Ghayati Dunes Story

>> Friday, January 28, 2011

Last week 22 January 2011, Abah ngan member2 labnya ada perkhemahan kat padang pasir di Ghayati. Event ni khusus untuk depa aje.... family not included. Lepas habis kerja siang tu Abah balik kejap untuk salin baju dan bawa apa yang patut. Pas tu terus bergerak dengan Cik'Wanddy ke Ruwais Housing. Dari situ depa pakat kongsi 2-3 buah kereta straight ke Ghayati.


Kereta sangkut kat pasir.......


Tapak perkhemahan



Sajelah tu ambik gambar ngan Prado..... mana tau kalo ada rezeki.....



Acara menyediakan makanan..... ayam panggang tu!!



Cik' Wanddy, Uncle Athul, Uncle Ali n Abah....



Pak Mardian, Cik' Wanddy dan Abah



Dah selesai makan..... acara santai bersama sisha.....



Abah dan Cik' Wanddy



Makan Time!!!!



sedang buat perancangan.... cam ne gamaknya nak tarik kereta2 ni.....

Namanya.... perkhemahan.... tapi depa tak tido sana pun sebab sejuk.... dalam pukul 4.30 pagi Abah ngan Cik"Wanddy balik....

Read more...

8 October 2010

>> Thursday, October 14, 2010

Apa yang tak best hari ni ialah.... abah akan balik ke Abu Dhabi malam ni..... sedey nyer......


Pagi2 tadi Mak dan Abah awal2 pagi lagi dah mengadap TV tengok MHI..... Hari ni Pok Su Faizal masuk TV. Seronok tengok..... pandai Pok Su bercakap.... ceritannya pasal drawing2 pakaian tradisional yang Pok Su selalu lukis tu.... Bangga sesangat. Even Ally dan Wardina yang jadi host hari tu pun amaze dengan bakat Pok Su.

Lepas tu.... Abah gi pasar tani beli ikan patin. Hari ni mak nak masak asam pedas ikan patin. Request dari Abah...... Kelam kabut mak masak hari ni..... by the time pukul 12 semuanya dah siap terhidang....... kami makan tengah hari ........ setengah jam lepas tu Abah bertolak ke KL dengan kereta sewa kami semalam. Sedeh.....huhuhuhuhuhu...... nampaknya kena tunggu 2-3 bulan lagi baru dapat jumpa Abah semula..........


Abah dah siap2 nak berangkat.....



Kereta yang kami sewa

Read more...

Buka file nak buat lesen memandu UAE...

>> Friday, April 16, 2010

Semalam bersiap sejak dari pukul 6 pagi, naik bas ke Tariff dgn Che Din. Document semua siap dari malam sebelumnya.
Sampai Tariff dalam pukul 8 pagi. Kena buat surat dulu, dengan sorang typist mamat Sudan surat apa ntah bahasa arab, dok pahang starang. Bayar 20 dirham, mahal tu dengan tukar nama kendian copy & paste.
Daftar pas tu gi buat eye test, kendian beratur semula bayar 100 dirham dapat kad belajar. Pegi photostat kad belajar (macam lesen L la..) pas tu daftar kelas bayar 830 dirham. Plan nak gi dgn Che Din on 29th April untuk 1st kelas. 2nd kelas blum tau bila. Periksa bertulis pun tak tau bila lepas complete 2nd kelas la.
Balik naik bas ting-tong ke Ruwais, dah naik siap dapat tempat duduk lagi, drebar bas suruh turun kena beratur beli tiket dulu. Satu pesen diorang ni, ikut prosidur tak boleh ada orang berdiri dalam bas. Jadi untuk ensure tak ada orang berdiri, kena la beratur sebelum naik. Kalau penuh seat, kena la tunggu next bas adalah dalam sejam lepas tu. Nak beratur tu paham la dengan mamat india/pakistan bas tak gerak pun seat pun banyak lagi tapi diorang punya berebut kalah masa berebut naik bas kat Taman Tamadun Islam dulu. Hek..eleh habis orang beratur, suku bas lagi seat kosong berebut bagai nak rak...
Hari ni dah start kerja, hari ni start handle Lab EU sorang... tapi masih dimonitor lagi oleh Pak Asep Yono... kalo ngak faham...Kang Asep, bagemana mahu dibikinnya... waduh...waduh...

Read more...

Gambar Dari Ruwais

>> Saturday, February 13, 2010

13/2/2010- Terima 12 keping gambar dari Ruwais. Abah hantar gambar2 ni untuk bagi gambaran pada kami kat sini macam mana life Abah kat sana.



Zul, Wanddy dan Che Din berjalan depan Mahkamah Syariah on the way ke East Market


Tepi Jalan East Market


Sebahagian dari bangunan Ruwais Center


Ruwais Center Mosque


Kat Tepi Roundabout tapi tak ambiklah roundaboutnya


Kat Taman Masa on d way


Kat Depan masjid East Ruwais


Gambar pokok tepi jalan, diaorang jaga pokok2 ni siram hari2


Gambar bahagian belakang perumahan yang mengadap jalan


Gambar Jalan


Deretan rumah.... semuanya bahagian belakang yang mengadap jalan


Gambar diambik dari dalam bas.... blurrrr...








Read more...