15 April 2010

>> Friday, April 16, 2010

Semalam Mak memang marah betul dengan Haikal..... sibuk sangat nak gi berkhemah.... padahal bukannya dia tak tahu yang sekarang ni musim panas..... dia tu pulak bukannya kuat sangat... senang2 aje boleh dapat sakit..... tapi keras betul hati dia nak pergi jugak.... sebenarnya dah banyak hari gak mak cuba pujuk dia jangan pergi.... tapi dia nak jugak pergi.

Pagi2 lagi mak dah siap2kan barang yang dia kena bawak.... baju2 dan bekalan makanan maggi, beras telur, sardin, bawang merah dan bawang putih.... ubat2nya sekali.... Mak memang berbelah bagi samada nak bagi Haikal pergi atau pun tidak......

Lastly dia pergi jugak...... dalam mak dok marah2 dia tu.... sedih pulak bila Haikal kata "jumpa lagi hari sabtu nanti" masa bersalam dengan mak......


Khemah2 yang ada tak banyak mana pun..... nampak sangat tak berapa dapat sambutan.



Dalam khemah2 nilah Haikal tidur dalam 2 malam ni.....

Harapnya Haikal baik2 aje..... dan dapat pengalaman baru.

1 comments:

Abah April 16, 2010 at 7:31 PM  

Abah doakan Haikal baik-baik sahaja... dan Abah harapkan Haikal dapat pengalaman baru yang akan mengajar supaya Haikal lebih matang dan bertanggungjawab... anak Abah dah besar dan boleh urus diri sendiri, bukan lagi macam baby yang perlu semuanya Mak sediakan...