3 December 2010

>> Friday, December 3, 2010

Hari ke 3 di Abu Dhabi..... last day here. Hari ni Abah dah janji dengan kawannya Pak Mardian untuk sama2 balik ke Ruwais. Sepanjang pagi tak ada apa yang dibuat..... Haikal n Aisya ralit bebenar dengan hadiah2 yang baru dapat semalam, sampaikan nak suruh mandi pun susah. Dalam pukul 11 pagi kami dah check-out. Dengan beg yang gedabak2 tu kami lansung ambil teksi ke Al-Wahda Mall. Kami akan berjumpa dengan keluarga Pak Mardian disini.

Kat mall ni lah Mak jumpa sesuatu yang sangat menarik.... set corelle luminarc macam gambar kat bawah ini untuk 38 pcs with free jug set, harganya.....Dirham 229 sahaja. Semalam Mak ada jumpa jugak set yang sama tapi kat Abu Dhabi Mall.... harganya Dirham 310. Bayangkan Dirham 229 kalau ditukarkan ke RM cuma RM246.... Uiks!!!!! murah giler tu..... mak dah tersengih2 dah.... tapi abah kata nak bawa balik cam ne? Masa tu jugak berkecai2 rasa harapan nak dapatkan set ni....huhuhuhu........


tak pe..... one day I'm gonna get U!!!!!!



Selesai solat Jumaat.... makan time.... makan kat food court aje.... tapi ada masakan siam.... sepinggan nasi goreng biasa je cuma yang lebih sikitnya ada udang, harganya dah cecah Dirham 31. Emmmm.... nok wat lagu mane lagi...... dah teringin tu beli jugak....... Dulu masa kat MM beli nasi goreng Samsaba harga RM5 pun dah bising.....

Sesudah tu kami naik Jeep Pak Mardian sekeluarga pusing2 Abu Dhabi.... tengok2 orang Arab celebrate National Day depa..... Bukan setakat Arab je.... yang separuh arab dan bukan arab pun tak lepas peluang gak. Caranya depa dok bersantai2 ngan keluarga kat mana2 aje tempat.... tepi laut.... kat park.... kat tepi2 jalan pun ada siap angkat kerusi meja ada juga lengkap ngan tikar bantal.

Tak tahu pulak yang Pak Mardian suka fotografi..... tengok kameranya.... ehemmm.... agak2nya bilalah boleh dapat satu...... kami juga diajak untuk difoto....



Haikal bersama anak sulung Pak Mardian




Haikal alone......





Kami sekeluarga...... suka sangat gambar ni.....


Kami sampai ke NCC dalam pukul 8 malam..... Terima Kasih tak terhingga untuk keluarga Pak Mardian dan ibu Asti.... budi kalian tetap kami kenang sampai bila2 pun.

Read more...

Ronda-Ronda

>> Thursday, December 2, 2010

Hari kedua di Abu Dhabi..... ronda-ronda akan diteruskan. Semalam dah dapat beli kasut dan beg sekolah.... ingat hari ni nak gi cari baju untuk Abah pulak...... dan Abah dah janji nak belikan hadiah yang dikeep as a secret untuk dua2 Haikal dan Aisya sebab cemerlang dalam periksa baru ni. Pagi.... sarapan.... not provided..... so Abah gi cari sarapan kat kedai2 Pakistan yang ada sekitar hotel ni. Inap di hotel ni memang worth sebab senang nak cari makan. Kedai2 makan ada sekelilingnya.... just pilih aje yang mana berkenan. Nak makan makanan hotel maklum ajelahkan......


Sementara tunggu Abah balik with breakfast.... budak berdua ni sempat jugak mengedit post diblog yang baru Mak buat subuh tadi.


Ini sarapan kami...... paratha.... dengan kari ayam yang sangat sedap.....


Dah siap untuk memulakan rondaan...... bermula dari Abu Dhabi Mall


Ronda-ronda kami hari ni hanyalah disepanjang Elektra Road aje..... bermula dari Abu Dhabi Mall hinggalah ke Hamid Centre. Mall kat sini macam biasalah gedabak2 saiznya.... memang tak daya kalau nak pusing2 semua..... setakat singgah2 mana yang nak aje..... most of the time kami kat Abu Dhabi Mall habis kat tempat main game aje..... sampai lenguh tangan Mak membaling bola..... teringat masa main game yang lebih kurang sama dengan Naufal dan Pak Lang kat Penang dulu......

Lunch hour..... join family kawan Abah..... Pak Mardiyan di restoran Indonesia Sari Rasa..... dapat gak makan makanan yang lebih kurang cam kat Malaysia..... ada tempe lagi...... yang bestnya tak yah cakap omputih! dan Mak dapat minum air sirap.......

Lepas makan.... ronda2 di teruskan..... untuk bergerak kami pilih untuk naik bas aje..... kat sini basnya disediakan oleh kementerian pengangkutan.... ke mana2 aje..... bayarannya tetap 1 dirham. Dan, 3 line pertama didalam setiap bas ni adalah tempat khusus untuk ladies.... man are not allowed...... syiok!

Hadiah yang di cari Abah..... akhirnya kami jumpa kat Hamid Center..... rupa Hamid Center ni sejibik macam Komtar kat JB. Masa kami sampai tu waktu solat.... banyak kedai2 ditutup.... ia hanya dibuka selepas solat Asar nanti. Abah malas nak tunggu lagi pun kami pun belum solat lagi.... so.... Abah gi beli aje kat mana yang ada.....


Ni lah hadiahnya..... kembang kempis hidung Haikal n aisya dapat hadiah ni....
Harganya jangan ditanya..... sibuk mencari hadiah untuk anak..... Baju Abah tak berbeli pun....

Read more...

The Sands Hotel Abu Dhabi



Di Abu Dhabi ni kami stay kat The Sands Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang. Letakknya kat tengah2 bandar Abu Dhabi.... di Elektra Road ( kalau x salahlah ejaannya tu). Kalau di-base-kan pada taraf bintangnya tu..... harga untuk semalam tu lumayan jugak ya. TAPI sekarang ni hotel ni under renovation.... ada kemudahannya yang tak boleh di gunakan as pool, and on this friday which is the last day we staying here akan ada gangguan elektrik. Oleh sebab itulah maka harganya turut menjunam sampai kurang 70%. Kami akan stay kat sini 3 hari 2 malam.

Satu perkara yang sedikit pelikya.... as known 2 dec adalah National Day untuk UAE. So diaorg akan cuti dari hari Khamis 2/12 hingga Ahad 5/12. Ingatkan kalau cuti2 panjang macam ni hotel2 akan penuh rupanya tidak. Tu salah satu lagi sebab harga sewa hotel turun time ni. Apa2 pun ni rezeki tuk kami. Amin.


The Sands Hotel Abu Dhabi




Aisya sempat lagi berposing di lobby sementara tunggu
Abah dapatkan kunci bilik




Uik!.... Abang Haikal buat apa tu?




Dalam lif..... sempat jugak berposing.... teringat macam kat
dalam lif The Heritage KL ...... rupanya lebih kurang cuma yang ni terlebih shining





Perkara wajib bila masuk bilik hotel mak akan ambik gambar dulu....
sebelum bilik tu bersepah kemudiaannya



Upacara berposing belum lagi selesai..... ok...
mula2 ambik gambar Aisya dulu...




Pas tu... abang Haikal pulak......






Aisya lagi.......




Opss.... Abah pun nak bergambar jugak ke?.... Ok aje....



Gambar bilik air pun diambik.... hehehe.....




Dan ini adalah gambar dari the only tingkap yg ada kat bilik ni pemandangan sepanjang Elektra Road sesudah subuh 2 Dec 2010



Read more...

2 December 2010



Alhamdulillah...... usai sudah melunaskan rukun Islam yang kedua. Subuh2 gini terasa pulak nak buat sikit catatan di blog ni yang dah agak lama tak bersentuh. Sebelum ni blog ni adalah blog private kami aje..... tapi rasanya kalau Abah izinkan nak open blog ni tuk public pulak lah..... saja... boleh share2 cerita dan pengalaman dengan others. Maklumlah hidup ditempat baru tuk kami yang masih tersangat baru dengan pengalaman sebegini rasanya amat perlukan bimbingan dan panduan dari yang lebih berpengalaman.....

Hari ni adalah hari kedua kami berada di Hotel Sands ditengah2 bandar Abu Dhabi. Selepas subuh semalam kami telah bertolak dari Ruwais untuk ke sini dengan menaiki bas yang telah di-provide-kan oleh Borouge. Dari segi menyediakan kemudahan untuk staff2-nya, Borouge memang boleh dipuji. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini memang disediakan setiap hari tak kiralah bas penuh atau pun tidak. And..... its free.....


Dari Ruwais ke Abu Dhabi.... perjalanannya lurus aje macam tak ada penghujungnya.... kiri kanan padang pasir yang ada pokok2 palma aje....



Kesan dari bangun awal sangat..... separuh perjalanan adik cuma tidur aje





Masa bas berhenti nak isi minyak.... tiba2 aje adik bangun



Haikal kata ni tasik garam.... sebab dia nampak ada benda yang crystalize
kat permukaan pasir tu




Ni dah nak sampai kat Abu Dhabi.... atas jambatan yang kami tak tahu namanya apa




Masjid Besar Sheikh Zayed... masjid yang sangat cantik



Kami kesini adalah untuk mendapatkan cop dan signature atau senang cakap pengesahan dari kedutaan Malaysia bagi dokumen2 untuk kemasukan Haikal dan Aisya ke sekolah..... ala.... urusan2 birokrasi yang amat melemaskan........ Masa dalam bas tu... Abah receive call dari sekolah bagitau yang result periksa untuk Haikal n aisya dah siap tapi depa tak nak bagitau result tu unless kami dapat hantar complete dokumen dulu..... leceh! nak main2 lah pulak..... set appoinment.... hari Isnin depan kami akan ke sekolah with a complete document..... tak suka dengan birokrasi.



Dah sampai kat Malaysia Embassy...... rindu kat Jalur Gemilang tu.... rasa cam dah balik Malaysia lah pulak




Di depan Malaysia Embassy.... sayangnya tak ada sorang pun Malaysian yang kami jumpa kat sini yang dok kat kaunter tu pun Arab. Tapi cara kerjanya tetap sama benda yang simple pun asyik nak ditangguh2kan

Untungnya semua urusan cop-mengecop dapat siap awal semalam. Depa memang bekejar nak siap keja awal sebab start dari hari ni UAE akan bercuti panjang bermula dengan sambutan hari merdeka pas tu continue dengan apa2 cuti tah termasuklah cuti hijrah......



Selesai dah urusan di kedutaan tengah tunggu teksi nak ke Marina Mall




Ada sikit tanda2 tension sebab susah bebenor nak dapat teksi kat area ni




Masa yang ada semalam kami penuhkan dengan mencari kasut dan beg sekolah untuk Haikal dan Aisya. tak tahu berapa kali tawaf Marina Mall semalam entah.... letihnya Allah saja yang tahu. Banyak benda baru yang kami jumpa semalam.



Akhirnya sampai gak di Marina Mall




Haikal di Food Court Marina Mall.... tengah tunggu pizza




Aisya yang tak tahu nak order apa...... harga makanannya mak ai! tak sanggup nak sebut.... MAHAL!!


Otw balik ke Hotel.... masa tu dah pun malam.... jalan jem gila....rupanya celebration untuk national day yg ke 39 tahun dah pun start. Teringat sambutan merdeka kat Malaysia..... selama hidup 37 tahun tak pernah sekali pun get involved dengan sambutan yang selalunya happenning kat area KL especially kat dataran merdeka. Merdeka untuk kami adalah hari cuti dah tengok perarakan kemerdekaan kat dalam TV. Memang tak comfortable dengan keadaan crowded. Tapi semalam di tempat orang, kami dah terperangkap dalam keadaan yang sangat menyesakkan.....

Eh! eh!..... sayang comel mak dah bangun.... oklah stop dulu...... salam....

Read more...

Hidup mesti diteruskan......

>> Friday, October 15, 2010


Kehidupan kami kembali seperti biasa..... Abah hanya dapat dilihat ikut skrin laptop aje.... Haikal n Aisya ke sekolah seperti biasa.... biarpun kat sekolah dah tersebar rumors yang mengatakan kedua2 budak ni akan bertukar sekolah next year..... Mak sehabis mungkin try nak menafikan... yalah... benda tak tentu lagi.... bukan senang2 nak masuk sekolah kat sana.... kena ambik periksa dulu... kalau tak lepas tak leh masuk sekolah tu....



Haikal tengah ber-Oovoo dengan Abah...

Wan dan Aki sesekali datang menjengah..... Hidup mesti diteruskan.....

Read more...

8 October 2010

>> Thursday, October 14, 2010

Apa yang tak best hari ni ialah.... abah akan balik ke Abu Dhabi malam ni..... sedey nyer......


Pagi2 tadi Mak dan Abah awal2 pagi lagi dah mengadap TV tengok MHI..... Hari ni Pok Su Faizal masuk TV. Seronok tengok..... pandai Pok Su bercakap.... ceritannya pasal drawing2 pakaian tradisional yang Pok Su selalu lukis tu.... Bangga sesangat. Even Ally dan Wardina yang jadi host hari tu pun amaze dengan bakat Pok Su.

Lepas tu.... Abah gi pasar tani beli ikan patin. Hari ni mak nak masak asam pedas ikan patin. Request dari Abah...... Kelam kabut mak masak hari ni..... by the time pukul 12 semuanya dah siap terhidang....... kami makan tengah hari ........ setengah jam lepas tu Abah bertolak ke KL dengan kereta sewa kami semalam. Sedeh.....huhuhuhuhuhu...... nampaknya kena tunggu 2-3 bulan lagi baru dapat jumpa Abah semula..........


Abah dah siap2 nak berangkat.....



Kereta yang kami sewa

Read more...

7 October 2010

>> Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah..... selepas 7 jam dalam penerbangan yang sangat2 mencemaskan mak (mak sorang je orang lain sedap je tido) akhirnya kami mendarat di Kuala Lumpur dengan selamatnya. Tapi sebenarnya perjalanan kami panjang lagiiiiiii........ nak ke Kerteh. Tu pun tak tahu lagi cam ne caranya.


Mula2 Abah decide nak naik flight ke Kuantan pas tu ambik teksi ke Kerteh. So.... bergegas2lah kami ke kaunter Mas. Sekali bila tahu tambangnya.... tu dia mak engko.... RM1500. Tu tak masuk tambang teksi dari Kuantan ke Kerteh lagi..... so cancel plan ni....

Pas tu terfikir nak naik Fireflyz ke Kerteh terus..... tapi lambat sangat petang nanti baru ada.... apa kami nak buat sementara tu kat KL ni..... cancel gak plan ni.

Tup2 Mak teringat ada kawan Abah yang pernah balik sekejap ke Malaysia dalam tempoh sekejap tak lama dulu.... dia sewa kereta kat KLIA je. So why not kami try sewa kereta je.... lagi pun flight Abah ke Abu dhabi esok hari je. Pas g tanya sana sini akhirnya kami dapat sewa kereta yang sangat baik kondisinya. Kereta Persona warna maroon. Sewa untuk 2 hari RM300. Bolehlah tu........

Dalam pukul 3 petang kami dah sampai Kerteh. Alhamdulillah.

Read more...