23 Jan 2010

>> Saturday, January 23, 2010

Kami tak tunggu hari ini..... tapi dia datang juga..... 23 Jan 2010 akhirnya tiba, pagi2 semuanya dah bersiap untuk hantar Abah ke airport Kuantan termasuk keluarga mama. Semua orang pun act macam tak dak apa2. Tapi Haikal nampak lain sikit walau pun selama ni dia nampak yang paling cool tapi dari semalam lagi dia dah jadi orang yang paling senyap..... Adik pulak asyik berlingkar dengan abah.



Apa yang sebenarnya ada dalam kepala Haikal? puas Mak tanya.... tapi Haikal tetap senyap. Pandangan matanya jauh sangat...... anak ni sememangnya tak tahu untuk meng-express-kan perasaannya. segala2nya dipendam dalam.... Kesian sangat.....



Pesanan dari abah untuk Haikal dan Aisya.... Aiman pun tumpang sama dengar....



Masih lagi mampu untuk tersenyum bila dihalakan kamera.... dalam hati Allah saja yang tahu.


Semua yang menghantar Abah ke Airport Kuantan.... cuma setakat ini sajalah kami mampu hantar Abah... bukan tak nak hantar sampai ke KLIA kalau boleh ingin rasanya turut sama ke UAE tapi apakan daya.....



Abah dan Pak cik Adam sama2 bergerak untuk check-in


A few minutes sebelum berlepas, Abah sempat untuk bersama-sama adik dan haikal....



Apa pun yang dirasa.... pendam saja dalam hati.....


Abah dah masuk ke ruangan untuk berlepas..... harapnya kami dapat untuk bersama semula. BILA? entah lah... Allah saja yang mengetahuinya.... Lambaian dari Abah.....

0 comments: