2 December 2010

>> Thursday, December 2, 2010



Alhamdulillah...... usai sudah melunaskan rukun Islam yang kedua. Subuh2 gini terasa pulak nak buat sikit catatan di blog ni yang dah agak lama tak bersentuh. Sebelum ni blog ni adalah blog private kami aje..... tapi rasanya kalau Abah izinkan nak open blog ni tuk public pulak lah..... saja... boleh share2 cerita dan pengalaman dengan others. Maklumlah hidup ditempat baru tuk kami yang masih tersangat baru dengan pengalaman sebegini rasanya amat perlukan bimbingan dan panduan dari yang lebih berpengalaman.....

Hari ni adalah hari kedua kami berada di Hotel Sands ditengah2 bandar Abu Dhabi. Selepas subuh semalam kami telah bertolak dari Ruwais untuk ke sini dengan menaiki bas yang telah di-provide-kan oleh Borouge. Dari segi menyediakan kemudahan untuk staff2-nya, Borouge memang boleh dipuji. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini memang disediakan setiap hari tak kiralah bas penuh atau pun tidak. And..... its free.....


Dari Ruwais ke Abu Dhabi.... perjalanannya lurus aje macam tak ada penghujungnya.... kiri kanan padang pasir yang ada pokok2 palma aje....



Kesan dari bangun awal sangat..... separuh perjalanan adik cuma tidur aje





Masa bas berhenti nak isi minyak.... tiba2 aje adik bangun



Haikal kata ni tasik garam.... sebab dia nampak ada benda yang crystalize
kat permukaan pasir tu




Ni dah nak sampai kat Abu Dhabi.... atas jambatan yang kami tak tahu namanya apa




Masjid Besar Sheikh Zayed... masjid yang sangat cantik



Kami kesini adalah untuk mendapatkan cop dan signature atau senang cakap pengesahan dari kedutaan Malaysia bagi dokumen2 untuk kemasukan Haikal dan Aisya ke sekolah..... ala.... urusan2 birokrasi yang amat melemaskan........ Masa dalam bas tu... Abah receive call dari sekolah bagitau yang result periksa untuk Haikal n aisya dah siap tapi depa tak nak bagitau result tu unless kami dapat hantar complete dokumen dulu..... leceh! nak main2 lah pulak..... set appoinment.... hari Isnin depan kami akan ke sekolah with a complete document..... tak suka dengan birokrasi.



Dah sampai kat Malaysia Embassy...... rindu kat Jalur Gemilang tu.... rasa cam dah balik Malaysia lah pulak




Di depan Malaysia Embassy.... sayangnya tak ada sorang pun Malaysian yang kami jumpa kat sini yang dok kat kaunter tu pun Arab. Tapi cara kerjanya tetap sama benda yang simple pun asyik nak ditangguh2kan

Untungnya semua urusan cop-mengecop dapat siap awal semalam. Depa memang bekejar nak siap keja awal sebab start dari hari ni UAE akan bercuti panjang bermula dengan sambutan hari merdeka pas tu continue dengan apa2 cuti tah termasuklah cuti hijrah......



Selesai dah urusan di kedutaan tengah tunggu teksi nak ke Marina Mall




Ada sikit tanda2 tension sebab susah bebenor nak dapat teksi kat area ni




Masa yang ada semalam kami penuhkan dengan mencari kasut dan beg sekolah untuk Haikal dan Aisya. tak tahu berapa kali tawaf Marina Mall semalam entah.... letihnya Allah saja yang tahu. Banyak benda baru yang kami jumpa semalam.



Akhirnya sampai gak di Marina Mall




Haikal di Food Court Marina Mall.... tengah tunggu pizza




Aisya yang tak tahu nak order apa...... harga makanannya mak ai! tak sanggup nak sebut.... MAHAL!!


Otw balik ke Hotel.... masa tu dah pun malam.... jalan jem gila....rupanya celebration untuk national day yg ke 39 tahun dah pun start. Teringat sambutan merdeka kat Malaysia..... selama hidup 37 tahun tak pernah sekali pun get involved dengan sambutan yang selalunya happenning kat area KL especially kat dataran merdeka. Merdeka untuk kami adalah hari cuti dah tengok perarakan kemerdekaan kat dalam TV. Memang tak comfortable dengan keadaan crowded. Tapi semalam di tempat orang, kami dah terperangkap dalam keadaan yang sangat menyesakkan.....

Eh! eh!..... sayang comel mak dah bangun.... oklah stop dulu...... salam....

Read more...

Hidup mesti diteruskan......

>> Friday, October 15, 2010


Kehidupan kami kembali seperti biasa..... Abah hanya dapat dilihat ikut skrin laptop aje.... Haikal n Aisya ke sekolah seperti biasa.... biarpun kat sekolah dah tersebar rumors yang mengatakan kedua2 budak ni akan bertukar sekolah next year..... Mak sehabis mungkin try nak menafikan... yalah... benda tak tentu lagi.... bukan senang2 nak masuk sekolah kat sana.... kena ambik periksa dulu... kalau tak lepas tak leh masuk sekolah tu....



Haikal tengah ber-Oovoo dengan Abah...

Wan dan Aki sesekali datang menjengah..... Hidup mesti diteruskan.....

Read more...

8 October 2010

>> Thursday, October 14, 2010

Apa yang tak best hari ni ialah.... abah akan balik ke Abu Dhabi malam ni..... sedey nyer......


Pagi2 tadi Mak dan Abah awal2 pagi lagi dah mengadap TV tengok MHI..... Hari ni Pok Su Faizal masuk TV. Seronok tengok..... pandai Pok Su bercakap.... ceritannya pasal drawing2 pakaian tradisional yang Pok Su selalu lukis tu.... Bangga sesangat. Even Ally dan Wardina yang jadi host hari tu pun amaze dengan bakat Pok Su.

Lepas tu.... Abah gi pasar tani beli ikan patin. Hari ni mak nak masak asam pedas ikan patin. Request dari Abah...... Kelam kabut mak masak hari ni..... by the time pukul 12 semuanya dah siap terhidang....... kami makan tengah hari ........ setengah jam lepas tu Abah bertolak ke KL dengan kereta sewa kami semalam. Sedeh.....huhuhuhuhuhu...... nampaknya kena tunggu 2-3 bulan lagi baru dapat jumpa Abah semula..........


Abah dah siap2 nak berangkat.....



Kereta yang kami sewa

Read more...

7 October 2010

>> Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah..... selepas 7 jam dalam penerbangan yang sangat2 mencemaskan mak (mak sorang je orang lain sedap je tido) akhirnya kami mendarat di Kuala Lumpur dengan selamatnya. Tapi sebenarnya perjalanan kami panjang lagiiiiiii........ nak ke Kerteh. Tu pun tak tahu lagi cam ne caranya.


Mula2 Abah decide nak naik flight ke Kuantan pas tu ambik teksi ke Kerteh. So.... bergegas2lah kami ke kaunter Mas. Sekali bila tahu tambangnya.... tu dia mak engko.... RM1500. Tu tak masuk tambang teksi dari Kuantan ke Kerteh lagi..... so cancel plan ni....

Pas tu terfikir nak naik Fireflyz ke Kerteh terus..... tapi lambat sangat petang nanti baru ada.... apa kami nak buat sementara tu kat KL ni..... cancel gak plan ni.

Tup2 Mak teringat ada kawan Abah yang pernah balik sekejap ke Malaysia dalam tempoh sekejap tak lama dulu.... dia sewa kereta kat KLIA je. So why not kami try sewa kereta je.... lagi pun flight Abah ke Abu dhabi esok hari je. Pas g tanya sana sini akhirnya kami dapat sewa kereta yang sangat baik kondisinya. Kereta Persona warna maroon. Sewa untuk 2 hari RM300. Bolehlah tu........

Dalam pukul 3 petang kami dah sampai Kerteh. Alhamdulillah.

Read more...

6 October 2010

>> Tuesday, October 12, 2010


Hari ni kami akan berangkat balik ke Malaysia. Abah dah booking teksi untuk ke Dubai...... Teksi tu akan sampai dalam pukul 10 pagi. tapi nak dijadikan cerita pagi ni tak ada air. Ada paip yang pecah..... kami semuanya belum mandi lagi. Dengan perut yang tak sudah2 memulas.... adoilah.... macam2 cerita.... asal nak bergerak je ada ajelah......

Nasib baik problem tu dapat gak disettlekan right on time. Elok kami semua siap aje teksi pun sampai. Driver teksi tu macam biasa orang Pakistan namanya Ali..... dia tahu yang kami orang Malaysia jadi dalam teksinya tu dipasangnya lagu dangdut. Dia ingat kami ni suka kot lagu2 cam tu.

Perjalanan dari Ruwais ke Dubai makan masa lebih kurang 4 jam. Dengan kelajuan yang lebih dari 120km/j. Kadang2 tu rasa kecut je perut ni....... Tapi member dah expert....... Pemandangan berbeza di sepanjang jalan dari padang pasir saujana mata memandang slowly berubah jadi kawasan2 perumahan yang mana bentuk rumah2nya sebelum ni kami cuma tengok kat dalam TV aje..... pas tu ubah lagi menjadi bandar besar dengan bangunan yang tinggi2 sesaja.

pemandangan yang serupa aje sepanjang jalan..... cam boring je..... satu lagi kat sini.... banyak bebenor lori2 besar kat atas jalan..... laju2 pulak tu.




Ni di pinggir bandar..... banyak kawasan perumahan yang sedang dalam pembinaan. acu tengok bentuk rumah tu..... agak2nya lah kan kalau kita wat rumah cam tu ok tak? Rumah2 depa ni mewah2 semacam..... bertingkat2.....rajin benor memanjat tangga




Dah sampai bandar Dubai.... bangunan2nya mencakar langit...... ngapelah yang g wat bangunan tinggi2 tu.... tak gayat ke?





Bangunan tertinggi didunia..... Burj Khalifa....





Dah sampai pun kat Airport Dubai yang tersangat panjang tu...... yuk! anak2 Mak turun cepat.... sempat lagi nak bergambar ni..... hehehe....




Kesian.... tengah2 panas Mak suruh posing ya......




Untuk passenger MAS.... kita kena masuk kat terminal 1. Make sure tu.... sebab kalau tersalah terminal..... alamat terpaksa berjalan jauh le..... ni driver teksi tu yg bagitau....



inside the airport......


Aisya dapat hadiah birthdaynya..... rabbit....


Haikal..... ketawa tak habis2 seronok sangat dia.....



Kat Food Court Airport Dubai.....




Jauh2 berjalan.... sampai kat Dubai.... makanan yg diorder from Marybrown...... ish...ish...ish... nasionalis betuilah.

Read more...

Makan-makan

>> Monday, October 11, 2010

Cerita makan di NCC. Memang kat sini makanan disediakan setiap hari..... sarapan..... lunch...... dinner. Dan, kita boleh pilih samaada nak makan kat cafenya atau pun tapau bawa balik rumah. Tapi, kat sini tak ada service hantar makanan ke rumah macam kat Royal masa Abah duduk bujang dulu.

Tapi maklum ajelah dok kat tempat orang.... masakannya pun bukanlah style kita.... tak kan ada sambal belacannya.... masak lemak..... apatah lagi sambal goreng.... Selalunya makanan yang disediakan ada dua macam..... satu yang ala2 Asia siap ngan nasi dan 1-2 jenis lauk dan satu lagi ala2 Mat salleh..... kentang... sup... pasta... n.... apa2 tah lagilah. Tapi kalau sarapannya memang boleh dikatakan sama aje setiap pagi.... roti bakar, telur, sosej..... telur tu sama ada direbus, dibikin omelet, atau pun telur separuh masak.

Abah... since dah lama dok kat sini nampaknya cam dah tak lalu dengan resepi2 ni.... tapi kami2 ni belasah aje.... semuanya cam sedap je.....


Nasi putih dengan Kari ayam, Ayam goreng dengan kentang rebus
and grilled Fish (Haikal cukup suka ni), juga sup bunga kobis



Nasi putih dengan Grilled Fish, kentang goreng dan lasagna juga sup asparagus



Nasi putih dengan Shwarma (isi ayam yang digoreng bawang besar dgn tah apa2 lagi), Stik, kuah Dhal dan sup krim cendawan


Kat sini boleh dikatakan hari2 makan daging.... siap boleh gilir daging lembu dengan kambing. Makan kambing banyak2 pun kepala tadak sakit..... ok lah tu....

Read more...

3 Oct 2010

Hari ni Abah kerja malam..... so paginya kami decide nak gi jalan2 kat sekitar Ruwais Housing. Nak gi breakfast kat cafe tak sempat jadi pagi ni sarapan Abah yang buat..... maggi goreng.... sedap.




Abah tengah tunjuk kepakarannya memasak......




Hasil masakan Chef Abah..... nyum....nyum.... maggi kari goreng



Memandangkan kami masih belum ada transport sendiri makanya terpaksalah guna transport yang disediakan..... untuk waktu pagi ni ia akan bergerak ke Ruwais dalam pukul 9 pagi dan kembali ke NCC dalam pukul 11 pagi . kalau tak silap t/hari pun ada jugak tapi tak sure pukul berapa dan waktu petangnya dalam pukul 5 petang dan balik semula ke NCC pukul 7 petang.

Since... inilah first time, kami keluar agak awal.... coasternya belum lagi sampai.... nak balik rumah semula malas...... walau pun jaraknya beberapa langkah aje...... Hari awal lagi tapi cuacanya mak ai! boleh tahan panasnya. Bila kita keluar aje dari rumah tu kita boleh hidu satu bau yang kalau boleh di-describe-kan macam bau pasir terbakar.

Sementara tunggu coaster tu..... sempat jugak main2 kat playground.... tengok Abang Haikal siap duduk terus kat atas pasir. Kalau biasanya kita tengok playground surrounded dengan pokok2 tapi kat sini backgroundnya padang pasir semata.




Kaut pasir tu Adik.... jangan tak kaut.... beria2 dia main....
ingat cam kat pantai kemasik ke?



Pukul 9 pagi coaster pun sampai...... tak ramai yang keluar hari ni selain kami ada 2 orang yang lain lagi..... sebenarnya hari ni hari bersekolah dan bekerja siapa yang ada masa nak jalan2 selain kami...... tapi seronok jugak bila tak ada orang macam ni... gaya punya supir peribadi gitu....


Adik kat mana2 pun boleh berposing.....




Rupanya jauh juga dari NCC ke Ruwais Housing.... dan pemandangan disepanjang jalannya sama aje....... pasir sesaja



Sempat bergambar disalah satu dari 5 buah Masjid yang ada disekitar Ruwais Housing Complex ni. Tak banyak kedai yang ada kat sini.... marketnya ada 2-3 buah tapi shopping complexnya masih belum ada. Still dalam perancangan. Untuk dapat barang2 seharian memadailah kalau ke sini tapi kalau nak shopping2 kenalah ke Abu Dhabi.





Budak2 ni tak habis gelak masa depa tengok kotak ni.... perasan tak namanya apa? kalau kat Malaysia kan Coco Crunch..... tapi kat sini.....



Manisan2 Arab yang sempat kami beli. One of it is Baklava.....sedap!!!



Balik dari ronda2 tak ada apa yang nak dibuat...... selain main komputer.... tu pun setakat game yang ada kat dalam lappy tu aje..... sebab talian internet masih belum ada lagi.


Read more...