Cuti sekolah.... 23rd Dec-1st Jan
>> Sunday, December 26, 2010
Sekolah cuti 10 hari.... start 23rd December 2010 hinggalah 1st January 2011. Cuti ni bersempena sambutan Krismas dan New Year. Lama-lama Glenelg cuti pun tak leh nak lawan ISC di bantainya sampai 16 hari cuti..... Asian School pulak... start cuti sama dgn Glenelg tapi bukak sekolahnya di-extend 2 hari lagi......
Seminggu sebelum cuti start dapatlah Haikal ngan Aisya balik awal sikit ke rumah.... dalam pukul 3.15 dah sampai rumah.... selalunya pukul 3.40 ke atas baru jejak kaki kat umah. Ini sebab budak2 Kingdergarten ISC dah start cuti.... so tak yah lah gi amik depa semua so trip petang tu hanya untuk Haikal n Aisya aje.....
Cuti 10 hari ni..... bukannya kami ada perancangan apa pun...., tak de transport sendiri susahlah nak bergerak... lagi pulak sepanjang cuti ni Abah kena kerja. Cumanya on 25 th December 2010, kami sekali lagi ke Abu Dhabi tapi kali ni just pergi balik hari aje..... tujuannya nak gi cari sweater untuk Mak.... sebab Mak dah bising sejuk.... dan sweater Abah yang mak selalu pakai tu too big for her.... alang2 dah sampai sana budak2 ni request nak gi Abu Dhabi Mall...... ada game yang diaorang nak main tapi tak lepas2 lagi.....
Sweater2 tu kami dapat kat Carrefour di Marina Mall..... memang masa ni Winter Sale.... tapi seksa sungguh nak dapat sweater untuk Mak... Saiz tak masuk dengan semua yang ada kat sini. Ya lah orang kat sini semuanya tinggi2.... lepas memusing2 kat situ... 2-3 jam... terus amik teksi untuk ke Abu Dhabi Mall
Muka tak ceria langsung.... iyalah... mai sini nak main game... bukann nak bergambar... Mak sibuk nak amik gambar..... Di Abu Dhabi Mall...
Uish! mak ni tak habis2 nak bergambar..... puas pujuk... nak suruh bergambar.....
Sedang dipakaikan safety belt... or ... tah apa tah namanya....
YA! ni lah yang Haikal ngan Aisya dok sibuk nak main tu.... Haikal sedang mendahului Aisya... Go! Haikal Go!.....
Aik! cam ne pulak Adik yang lead ni.... apsal Abang Haikal kat bawah pulak?.....
Wah Adik!! sempat posing lagi.....
Dah sudah memanjat.... bolehlah bergambar lagi....
Mulanya Adik ingat dia boleh masuk kat dalam
snow cave tu rupanya tidak....
Di hadapan main entrance Abu Dhabi Mall....
Abang Haikal with snowman
Ala... adik masamnyer dia.... keletihan.... ni dah nak balik ni....
Selama cuti 10 hari ni... memang tak de apa yang dibuat.... Abah kerja.... lagi pun Haikal banyak nak cover pelajarannya sebab either in the middle or end of January ni.... ada exam in which... Abang Haikal will involved..... Adik tak.... sebab tu adik lepak aje sepanjang cuti... main nintendo...
Read more...
Swimming Pool.....
>> Friday, December 10, 2010
Memang kami dah tahu yang kat NCC ni ada dua kolam..... satu kolam untuk org dewasa location, kat belah depan sana dekat dengan pintu utama. Dan, satu lagi khabarnya kolam dewasa + anak2. Yang ni kami tak tahu kat mana. Lucky.... masa balik kerja pagi tadi Cik'Zul bagitau Abah kat mana tempat kolam tu. Kami pun apa lagi...... lepas sarapan kat cafe.... terus je ronda2 .... n.... jumpalah kolam yang dimaksudkan tu. Terus balik..... tukar baju.... ye! ye! ye!.... ari ni mandi kolam. Sudahlah g sarapan tadi budak2 berdua ni tak mandi lagi......
Haikal ngan Aisya memang dah tak sabar lagi..... ni otw ke kolam....
Sebab dah kemaruk sngat nak mandi kolam.... sejuk pun depa tak kesah.....
Diaorang ni memang hantu air........ pantang jumpa kolam......
Abah tengah bersantai sambil baca buku cerita..... kat depan Abah tu kolam untuk dewasa..... tennis court dan tempat untuk BBQ.
Kami dah nak balik.... jari2 budak berdua ni dah kecut2 barulah Cik'Raad, Cik'Ija n baby Arissa join. Rupanya depa pun x tau pasal kolam ni.
Kalau diikutkan budak berdua ni.... memang diorg tak nak keluar dari kolam..... tapi since hari ni hari Jumaat.... nanti nak g solat lagi...... nak tak nak kena naik juga..... itu pun puas memujuk..... nak buat macam mana.... dua2 pun memang gila dengan air. Musim2 sejuk cam ni.... orang lain tak teringin pun nak berendam macam diaorang ni. Sebab tu selama kami dok kat kolam ni tak de orang lain pun yang datang.
Petang tu mengajak lagi ke kolam.... tapi Abah ajak ronda2 keliling NCC..... guess what.... terjumpa pulak ngan Gym.... yang betul2 bersebelahan dengan tempat main budak2. Apa lagi.... ber-excersice-lah pulok! sampai tak sedar orang dah Azan.
Read more...
2nd Day to School
>> Thursday, December 9, 2010
Hari ni cuma mak yang gi hantar Haikal n Aisya ke sekolah. Everything is fine. Tapi Abah masih tak dapat nak contact person yang incharge transport tu..... so nampak gayanya hari ni budak2 ni masih perlu amik trip pukul 3.00 tu.
Semalam masa balik dari sekolah.... Alhamdulillah.... dua2 nya seronok.... Haikal cakap dia dah ada kawan..... Zaki from Indonesia. Tapi dia kata both of them tak paham nak cakap melayu.... so kenalah communicate dalam B.Inggeris jugak... Tak pe lah... janji dah ada kawan. Tahu ajelah Haikal memang tak pandai nak berkawan, even kat Malaysia pun. Aisya jangan ceritalah...... dia memang seronok..... ada ramai kawan.... cikgu baik..... Satu yang sangat terkesan ialah bila dua2 pun komen yang sekolah baru diaorang ni bersih sangat. Haikal excited bagitau yang tandasnya bersih sangat.
Memang dua2 ni pun ada problem dengan kebersihan tandas masa kat sekolah lama sampaikan mereka selagi boleh tahan.... akan tahan.... sampai balik rumah baru lepas. Ni.... nampaknya mereka takkan ada problem cam tu lagilah kot.
Kat sekolah ni mereka ada 2 kali break.... satu untuk snack time satu lagi untuk Lunch time. Most of the kids there bring their own lunch. So, Mak kena prepare 2 meals.... satu untuk snack... satu lagi yang berat sikit untuk lunch.... by the time they arrive home, diaorg tak lah lapar sangat.
Both of them akan belajar bahasa Arab, bahasa perancis, IT, Math, English, Science, Art, Music, PE. and Islamic. Tambahan untuk adik ialah subjek Social Study. So far so good.... harapnya lepas ni mereka maintain ok.... especially untuk Haikal.... since Haikal dah grade 5. Banyak nak kena catch-up. Hari ni pun guru kelas dia which is also his english teacher plan to make short test sebab katanya Haikal macam banyak lost vocabulary.... Biasalah.... kita ni bukannya bercakap omputih sentiasa.... words kalau tak guna.... mana nak dok kat dalam kepala. Doakan yang terbaik untuk keduanya.
Read more...
Going to school
>> Wednesday, December 8, 2010
Hari ni adalah hari pertama untuk Haikal n Aisya attend sekolah. Kesian anak2 Mak.... tahun ni cuti mereka pendek je.... iyalah... kalau kat Malaysiakan masa ni tengah cuti lagi. Tak tahu apa perasaan budak2 ni berdua maklumlah hari ni 1st day sekolah kat sekolah baru... jumpa kawan2 baru... jumpa cikgu baru.... pas tu nanti nak bercakap bahasa Inggeris aje.... Tapi yang sure Mak memang gabra. Mak memang macam tu.... apa2 pun dia memang lebih. Berdebar tak sudah2.
Since ni 1st day.... hari ni g sekolah mak ngan abah sama2 g hantar. Naik Coaster yang diprovidekan. Dalam pukul 7 a.m coaster tu sampai. Kami untung sebab tepi rumah kami adalah port untuk coaster tu berhenti..... jadi senang aje nak tahu bila dia dah sampai.... nak cop tempat pun senang. Normally untuk anak2 Kindergarden (KG) mak2 depa akan hantar, means akan sama2 naik coaster tu hantar sampai masuk ke sekolah. Tak ada ayah2 pun..... so hari ni masing2 kat dalam coaster tu nampak cam pelik je bila abah pun naik sama.... tapi abah cam biasa buat bodoh je.....
Sampai kat sekolah kami diajak untuk buat tour sekeliling sekolah.... tengok kelas adik, tengok kelas Haikal. Adik seronok bila nampak kelas dia cantik sangat. Tapi paling seronok bila kami dapat jumpa dengan guru kelas adik dan Haikal. Guru kelas adik namanya Ms Perla Malloy. Beautiful and a very nice lady. Once dia nampak aje kami terus dia cakap " so.... this is my new girl"..... lepas tu kami terus tak nampak Aisya lagi..... kawan2 nya terus grab dia.... masing2 semuanya interested nak berkenalan. Lega rasa bila tengok macam tu......
Guru kelas Haikal pulak lelaki..... namanya Erich.... or something..... nampak sangat peramah.... dia tahu yang Haikal banyak dah ketinggalan.... tapi dia cakap jangan risau..... Dalam kelas Haikal rupanya ada sorang Indonesian...... Budak2 kat dalam kelas tu pun nampak macam ok..... Hemmmm..... Mak lega sangat...... nampak gaya dua2 pun macam ok je dengan their new surrounding. Apa2 pun.... nak tahu cerita selebih kena tunggu lepas diaorg balik dari sekolah pukul 2.30 pm nanti.
Aisya dah siap nak g sekolah.... ngan beg n lunch begnya
Abang Haikal..... memang tak tahan sejuk
So.... inilah uniform sekolah Haikal n Aisya..... just T-shirt n seluar.... rasanya pakai cam ni lagi selesa untuk mereka belajar....... kalau kat Malaysia tukar uniform cam ni je kan senang. Selesa pun selesa.
Unfortunately...... tak ada pulak coaster yang akan bergerak untuk pick-up anak2 sekolah around 2.30. Yang adanya pukul 12.45 dan next trip..... 2.40 dari NCC dan sampai ke Ruwais dalam pukul 3.00. Means.... Haikal n Aisya need to wait until 3.00 baru ada coaster. Pas tu sampai rumah semula dalam pukul 3.40. Cam ne tu? Aduilah..... siannya anak2 mak..... Abah cakap nanti dia try to do something.
Beli Uniform Sekolah
>> Tuesday, December 7, 2010
Pagi ni kami ke sekolah untuk shopping baju sekolah..... termahal setakat ni. Sebelum ni tak pernah lagi shopping baju sekolah sampai cam tu punya harga.... nak wat cam ne.... nak tak nak kena beli jugak. Tapi nasib tak baik seluar untuk Haikal tak ada saiz. Seluar untuk Aisya pulak tertukar saiz masa kat sekolah tadi ukur untuk saiz 2 cam dah ok.... bila balik tengok2 semua seluar tu yang bersaiz 0 lah pulak.... nasib baik Mr. Muhammad yang incharge uniform tu tadi dah pesan kalau tak sesuai esok boleh tukar lagi..... nampak gayanya esok dua2 Haikal n Aisya akan pakai jeans gi sekolah.

Bakal Jadi sekolah Haikal n Aisya

Haikal saje je inter-frame..... tak pelah kasi can.... tu dalam beg tu penuh dengan uniform. Kat sini kami boleh pilih nak pakai shirt or T-shirt. Even untuk girls pun pakai seluar panjang as uniform.... Kami pilih T-Shirt... senang dah lebih selesa. Dan, kasut is not a part of uniform.... so pakai ajelah apa2 kasut yg kita rasa sesuai.
On the way tuk balik ke NCC, jiran kami Cik' Raad telepon Abah.... ajak jalan sama2 since dia pun nak keluar ke Ruwais Housing. Pas tu... abah ngan Cik' Raad sama2 pakat nak gi makan kat Gayathi. So.... kami pun turun dari coaster NCC kat pasar buah... kat sini ada jual barang2 basah.... ikan... daging.... barang2 dapur.... juga buah2..... Haikal sempat snap beberapa gambar guna telepon Mak. Mana tahu hari ni nak gi jalan2 masa keluar pagi tadi cuma ingat nak gi sekolah aje... mak tak bawalah kamera. Kami pun belilah juga barang2 dapur serba sikit..... dapat ikan Aye hitam.... bahasa canggihnya Ikan Tongkol.... orang putih kata Tuna Fish.... Boleh wat masak singgang esok.... ngan sambal belacan.... ikan goreng dan sayur terung goreng.... emmm.....sedap tu.... selera Terengganu sudah mari......

Pasar basah di Central Market

Abah tengah beli ikan..... pasar kat sini setiap satu gerainya duk kat dalam bilik masing2 tak bercampur..... pasarnya juga kering tak macam kat pasar Kerteh.

Orang kat sini tak kenal ikan bilis kita yang halus2 tu...... depa tahu ikan bilis yang ini je lah.... sian kan.... ish!ish!ish!....
Selesai berbeli belah serba sikit..... kami ke Gayathi.... kat sini yang popularnya....KARUF..... ala2 nasi beriyani dengan ayam atau kambing yang dibakar. Sekali bila sampai kat tempatnya terkejut bukan main..... pekannya tu tak ubah cam pekan koboi (ikut kata mak), Cik' Ija wife Cik' Raad pula kata cam pekan yang baru lepas kena bom. Dah masuk kat dalam kedai makan tu lagi kami terkejut..... rupanya kat sini semuanya pakai dok bersila...... dan nasinya dihidang dalam dulang.... Haikal ngan Aisya cukup terkejut..... haikal siap tegur lagi... Besarnya pinggan!!!

Inilah rupa kedai yang jual Karuf yang best tu!

Sian baby arissa.... orang lain sedap2 makan.... dia asyik terguling2 aje...

Abah ngan Cik'Raad tengah menghayati keenakkan karuf.....

Apa cerita tah orang ni 3 beranak......

Inilah rupanya Karuf tu..... kat tengah tu ayam dan kambing bakar yang sangat sedap.... daging kambing tu lembut sangat...... khabarnya kambing tu kambing muda......untuk orang Malaysia dan Indonesia.... Karufnya akan ditambah dengan lada hijau.... sebab depa tahu orang melayu ni suka pedas. Lawan untuk karuf ni adalah teh pekat berdaun pudina.

Anak2 mak yang sabar menunggu Karuf...... Aisya banyak sungguh makan....
berselera betul dia

Cik'Ija n Baby Arissa......
Accepted!!
>> Monday, December 6, 2010

Inilah sekolahnya......
Petang, our neighbour Cik' Raad n Cik' Ija datang bersama ngan si comel Arissa yang sentiasa tersenyum. Hidup diperantauan cam ni saudara kita adalah jiran2 kita. Dan, kami sangat beruntung kerana jiran kami adalah rakan senegara kami.

Inilah arissa jiran kami yang comel....
Disebelah rumah Cik'Raad pula.... rumah Cik'Zul, kawan Abah yang sama2 datang ke sini dulu. Semalam.... Cik'Wanddy yang juga kawan Abah yang sama2 datang dulu baru aje pindah masuk ke NCC. Rumah dia seberang jalan sebelah rumah kami...... . Dalam 4 orang ni cuma wife Cik'Raad aje yang akan stay kat sini. Wife CikZul akan balik sebelum cuti sekolah diMalaysia ended, dan, wife Cik'Wanddy pula akan balik akhir bulan ni sebab dia bekerja.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)
