SELAMAT TAHUN BARU 2011

>> Saturday, January 1, 2011

Selamat datang tahun 2011. Selamat tinggal 2010 yang sangat2 banyak meninggalkan sejarah dan cerita kepada kami. Hijrah terbesar dalam hidup kami berlaku pada tahun yang baru berlalu semalam. Macam2 cerita suka duka..... namun sebagai umatNya kami redha dengan segala ketentuanNya. 2010 menyedarkan kami keterbatasan kami sebagai hambaNya. Walau pun kami merasakan bahawa kami mampu untuk merencanakan kehidupan kami ini.... namun kuasa Yang Maha Esa mengatasi segalanya, kita manusia hanya mampu merancang tapi yang menentukan hanyalah Dia, Allah S.W.T.

Atas takdirNya jugalah maka tahun 2011 ini kami sambut dibumi Anbiya ini..... bukankah tanah Arab itu tanah Nabi? Dan 2011 in disambut dalam suasana kami baru nak mengenali musim sejuk dirantauan. Kalau kat Malaysia mana kita ada musim sejuk. Hujung2 tahun ni yang ada ialah musim tengkujuh.... lebih2 lagi untuk kami yang duduk kat pantai timur. Hujan lebat sampai tok leh nok celik mata orang kata.... hehehe.... memanglah kalu dah hujan apa lagi yang paling best dibuat selain dari tidur pas tu kutih2 mende hok ada kat dapur tu..... masa ni semuanya laku biskut kering cicah air teh panas tu sedap sesangat.....

Tapi kali ni amat berbeza untuk kami.... sekarang ni kami berada dipermulaan musim sejuk..... itu pun dah teramat sejuk untuk kami.... suhu kadang2 boleh jatuh hingga 9C. Sejuknya ya amat... siap keluar asap2 kat mulut bila bercakap. Pernah sekali masa g hantar budak2 ni sekolah.... punyalah berkabus ( sekolah diaorang kat atas bukit ) sampai tak nampak sekolahnya... blur aje....


Gambar ni diambil pagi tadi 8.20 a.m masing2 tak mandi lagi kecuali Abah yang baru balik kerja. Masing2 tu dah siap pakai sweater tapi still lagi tak memadai.... selungkup dengan selimut lagi and duduk mengadap heater..... mana taknya suhu pagi tadi 12C

Menahan sejuk tu satu hal.... tapi yang paling tak daya kesannya pada kulit kita..... jadi kering... kena selalu sapu moisturizer. Leceh betul. Jangan kata Haikal yang dah memang ada problem dengan kulitnya.... Mak pun dah kena sama..... sekarang ni cuma Aisya je yang belum ada masalah.... itu pun sebab tiap kali lepas mandi.... Mak akan make sure lumurkan moisturizer satu badan adik.

Bersempena dengan tahun baru ni, hari ni Mak ngan Abah masak nasi ayam..... kat sini susah sangat nak cari ayam fresh yang ada ayam frozen aje..... saiznya pulak kecik2 aje..... dengan dua ekor ayam yang di broil.... maka tengahari tadi kami makan nasi ayam yang turut juga kami kongsi2 dengan jiran2 senegara kami.....


Nasi ayam pertama kami dirantau orang...... Alhamdulillah inilah rezeki kami hari ini

0 comments: