New Look Of Aisya

>> Saturday, January 29, 2011

This is the new look of Adik..... tak Lah! adik cuma pakai tudung ni bila ada Islamic classes aje. Dah pujuk suruh adik pakai tudung terus cam masa kat Malaysia. Tapi adik cakap kat sini tak de sape pun yang pakai tudung. Memang betul pun!

This is not only happen kat sekolah aje.... memang budak2 kat sini yang umurnya baya2 adik even yang Arab pun tidak pakai tudung..... kalau ada budak2 kecik2 yang pakai tudung tu mesti Indonesian and Malaysian. Since kat sekolah adik.... adiklah the 1st malaysian yang sekolah kat situ.... makanya... tak adalah yang bertudung.

But then bila depa dah start masuk umur teenage.... haaaa.... memang semuanya bertudung!!! siap cover muka lagi....... Tak macam kita kat Malaysia kecik2 lagi.... baru tadika dah bertudung dah...... masa hantar gi sekolah comel tudungnya, cantik terletak.... masa ambik balik t/hari.... hilang rupa.... kalau tudung still lagi kat atas kepala ok gak.... kadang2 semuanya dah tercabut... dengan segala warna ada kat tudung yang asalnya putih melepak tu..... hehehe.......





the new look of Aisya.....


Adik kalau bab posing..... memang dia le juara....

Read more...

Ghayati Dunes Story

>> Friday, January 28, 2011

Last week 22 January 2011, Abah ngan member2 labnya ada perkhemahan kat padang pasir di Ghayati. Event ni khusus untuk depa aje.... family not included. Lepas habis kerja siang tu Abah balik kejap untuk salin baju dan bawa apa yang patut. Pas tu terus bergerak dengan Cik'Wanddy ke Ruwais Housing. Dari situ depa pakat kongsi 2-3 buah kereta straight ke Ghayati.


Kereta sangkut kat pasir.......


Tapak perkhemahan



Sajelah tu ambik gambar ngan Prado..... mana tau kalo ada rezeki.....



Acara menyediakan makanan..... ayam panggang tu!!



Cik' Wanddy, Uncle Athul, Uncle Ali n Abah....



Pak Mardian, Cik' Wanddy dan Abah



Dah selesai makan..... acara santai bersama sisha.....



Abah dan Cik' Wanddy



Makan Time!!!!



sedang buat perancangan.... cam ne gamaknya nak tarik kereta2 ni.....

Namanya.... perkhemahan.... tapi depa tak tido sana pun sebab sejuk.... dalam pukul 4.30 pagi Abah ngan Cik"Wanddy balik....

Read more...

Haikal dan sahabat baiknya

>> Friday, January 14, 2011

Sahabat abang Haikal datang menjenguk..... dah lama rasanya sahabat ni tak singgah... kali ni dia datang..... Mungkin sebab cuaca atau pun mungkin juga sebab abang Haikal dah lama tak gunakan ubat sedut mahalnya tu...... Semalam, pagi... masa siap2 nak ke sekolah Mak dengar abang Haikal batuk2 dengan irama yang dah agak lama tak kedengaran.... irama yang sangat2 tidak menyenangkan.... Mak tanya abang Haikal samada dadanya sakit tak?, Dia jawap sakit... rasa macam lelah je... emmm... confirm! sahabat baik abang Haikal datang menjengah, agaknya just nak inform kat kami yang dia pun ada kat sini... bersama kami... so jangan leka.

Memang ubat sedut mahal abang Haikal dah habis... a few week lepas kami sampai kat sini. Dah pun cuba cari ubat tu kat sekitar Ruwais dan Abu Dhabi... tapi tak jumpa. Ada satu farmasi kat Abu Dhabi tu kata yang ubat ni perlu dapat prescribe dari Doktor baru boleh beli... susah tu... kalau kat Kerteh... senang2 aje boleh pesan ngan Pak Besar... dapat special price lagi....

Jadinya petang semalam, lepas balik sekolah, Abah Minta tolong Cik' Wanddy hantar abang Haikal gi Klinik. Sepatutnya semalam Abah shift siang... tapi dapat pelepasan untuk balik awal. Dah sampai klinik... confirm... abang Haikal memang lelah.... Doktor minta Abah hantar abang Haikal setiap 6 jam ke hospital Ruwais untuk sedut ubat. Wow! problem tu.... macam mana nak berulang ke hospital setiap 6 jam untuk 5 hari. Bukannya kami ada kereta.... nak berulang alik macam tu. Option kedua... Doktor suruh Abah g pinjam siapa2 kawan Abah yang ada mesin sedut tu..... Problem jugak.... berapa kerat sangat kawan yang ada kat sini... dah tu kami pulak tinggal kat NCC... yang puratanya bukannya orang kita.... so... option ketiga... beli mesin tu.

Nampaknya kami terpaksa pilih option ketiga... semalam abang Haikal balik dari klinik dengan sahabat barunya pulak.....



Setiap 6 jam Abang Haikal terpaksa berdamping dengan kawan barunya ni.... walau tengah tidur malam pun terpaksalah kejut untuk sedut ubat.....



Ni lah kawan baru abang Haikal.... harganya +/_ AED 300



Inilah ubat sedut mahal abang Haikal... ubat ni sebenarnya untuk prevent dari terkena serangan asthma... harganya biasanya...RM180... kena guna setiap hari. Tapi dah kehabisan... sebab tu gamaknya sahabat abang Haikal yang namanya Asthma tu datang menjenguk.....

Read more...

Cuaca.... sejuk woooo!

>> Wednesday, January 12, 2011


Masih lagi dengan cerita cuaca yang sangat2 memberikan kesan yang besar untuk kami. Cuacanya kalau nak berubah boleh bertukar macam tu aje..... Walaupun sekarang ni boleh consider as musim sejuk tapi... kalau siangnya matahari bersinar banar.... terang benderang... tapi dalam masa yang sama anginnya sejuk bukan main. Sejuknya tu lebih kuranglah kalu kita duduk kat dalam peti sejuk.

Pernah satu malam tu, mak terjaga sebab dengar bunyi pelik yang kuat sangat rupanya bila di jenguk kat luar.... angin kuat.... pokok yang ada dekat2 rumah ni semuanya terliuk lintuk.... macam nak patah aje.... sejuk? jangan nak dikata lagi.





Try nak ambik gambar angin....... rupanya tak boleh ya.... hehehe... Tapi bolehlah tengok effectnya tu.... basikal2 anak Pakistan jiran kami habis tunggang langgang.



Dan ada sekali tu.... agaknya masa tu 2-3 hari sebelum New Year.... Mak baru aje sidai kain... Haikal n Aisya tak sekolah.... tengah dok lepak2 kat depan Tv, sekali dengar bunyi yang sangat2 unfamiliar..... selalu kalau tengah2 hari ni kita akan dengar workers kat Cafe tolak troli hantar makanan ke cafe... tapi kali ni bunyinya lain lah pulak.... jenguk kat luar rupanya....HUJAN..... ha.. tu dia hujan dipadang pasir.....



Hujan di tengah2 padang pasir.... titis2 hujan ni kita hanya dapat tengok kat cermin tingkap ni aje.... sebab kalau kita jenguk kat luar..... keadaannya macam dalam gambar kat bawah ni.....




Haikal menjenguk kat luar nak tengok hujan.... tapi titis2nya sangat halus.... cuacanya still lagi terang benderang..... Tapi pada masa yang sama ni.... kat Ruwais Housing.... hujan yang turun adalah hujan batu..... saiz batu2 tu adalah sebesar hujung ibu jari kita....



Dan, dalam seminggu ni pulak... boleh dikatakan seluruh Abu Dhabi dilanda kabus tebal.... awal minggu ni ada accident kat area sini.... 2 orang mati dan 11 orang lagi cedera.... gara2 kabus tebal dijalanan..... even.... flight pun banyak yang terpaksa delayed.... atau pun di pindah ke bandar lain... semuanya kerana jarak penglihatan hanya 50m aje.......



Ni bukannya subuh2 hari.... tapi dah dalam pukul 8 pagi..... Kabusnya tebal .....


Yang paling kelakar sekali ialah our dressing dalam cuaca yang macam ni..... lawaklah pulak.... macam2 gaya ada..... nak menahan sejuk..... bayangkan nak masuk dalam selimut pun kena pikir banyak kali..... sebabnya? selimut tu sendiri pun tersangatlah sejuknya......



Aisya yang siap lengkap dengan stoking panjangnya.... dan sweater.... kalau macam ni ok lah lagi... comei pun comei.... tapi kalau macam yang kat bawah ni....




Ini memang nazak.... sekali pandang macam orang tak betul.... dua kali pandang sah! memang dah tak betul.... hehehe..... Mak memang kalah dengan cuaca sejuk

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 2011

>> Saturday, January 1, 2011

Selamat datang tahun 2011. Selamat tinggal 2010 yang sangat2 banyak meninggalkan sejarah dan cerita kepada kami. Hijrah terbesar dalam hidup kami berlaku pada tahun yang baru berlalu semalam. Macam2 cerita suka duka..... namun sebagai umatNya kami redha dengan segala ketentuanNya. 2010 menyedarkan kami keterbatasan kami sebagai hambaNya. Walau pun kami merasakan bahawa kami mampu untuk merencanakan kehidupan kami ini.... namun kuasa Yang Maha Esa mengatasi segalanya, kita manusia hanya mampu merancang tapi yang menentukan hanyalah Dia, Allah S.W.T.

Atas takdirNya jugalah maka tahun 2011 ini kami sambut dibumi Anbiya ini..... bukankah tanah Arab itu tanah Nabi? Dan 2011 in disambut dalam suasana kami baru nak mengenali musim sejuk dirantauan. Kalau kat Malaysia mana kita ada musim sejuk. Hujung2 tahun ni yang ada ialah musim tengkujuh.... lebih2 lagi untuk kami yang duduk kat pantai timur. Hujan lebat sampai tok leh nok celik mata orang kata.... hehehe.... memanglah kalu dah hujan apa lagi yang paling best dibuat selain dari tidur pas tu kutih2 mende hok ada kat dapur tu..... masa ni semuanya laku biskut kering cicah air teh panas tu sedap sesangat.....

Tapi kali ni amat berbeza untuk kami.... sekarang ni kami berada dipermulaan musim sejuk..... itu pun dah teramat sejuk untuk kami.... suhu kadang2 boleh jatuh hingga 9C. Sejuknya ya amat... siap keluar asap2 kat mulut bila bercakap. Pernah sekali masa g hantar budak2 ni sekolah.... punyalah berkabus ( sekolah diaorang kat atas bukit ) sampai tak nampak sekolahnya... blur aje....


Gambar ni diambil pagi tadi 8.20 a.m masing2 tak mandi lagi kecuali Abah yang baru balik kerja. Masing2 tu dah siap pakai sweater tapi still lagi tak memadai.... selungkup dengan selimut lagi and duduk mengadap heater..... mana taknya suhu pagi tadi 12C

Menahan sejuk tu satu hal.... tapi yang paling tak daya kesannya pada kulit kita..... jadi kering... kena selalu sapu moisturizer. Leceh betul. Jangan kata Haikal yang dah memang ada problem dengan kulitnya.... Mak pun dah kena sama..... sekarang ni cuma Aisya je yang belum ada masalah.... itu pun sebab tiap kali lepas mandi.... Mak akan make sure lumurkan moisturizer satu badan adik.

Bersempena dengan tahun baru ni, hari ni Mak ngan Abah masak nasi ayam..... kat sini susah sangat nak cari ayam fresh yang ada ayam frozen aje..... saiznya pulak kecik2 aje..... dengan dua ekor ayam yang di broil.... maka tengahari tadi kami makan nasi ayam yang turut juga kami kongsi2 dengan jiran2 senegara kami.....


Nasi ayam pertama kami dirantau orang...... Alhamdulillah inilah rezeki kami hari ini

Read more...