Swimming Pool.....

>> Friday, December 10, 2010

Memang kami dah tahu yang kat NCC ni ada dua kolam..... satu kolam untuk org dewasa location, kat belah depan sana dekat dengan pintu utama. Dan, satu lagi khabarnya kolam dewasa + anak2. Yang ni kami tak tahu kat mana. Lucky.... masa balik kerja pagi tadi Cik'Zul bagitau Abah kat mana tempat kolam tu. Kami pun apa lagi...... lepas sarapan kat cafe.... terus je ronda2 .... n.... jumpalah kolam yang dimaksudkan tu. Terus balik..... tukar baju.... ye! ye! ye!.... ari ni mandi kolam. Sudahlah g sarapan tadi budak2 berdua ni tak mandi lagi......



Haikal ngan Aisya memang dah tak sabar lagi..... ni otw ke kolam....




Sebab dah kemaruk sngat nak mandi kolam.... sejuk pun depa tak kesah.....




Diaorang ni memang hantu air........ pantang jumpa kolam......





Abah tengah bersantai sambil baca buku cerita..... kat depan Abah tu kolam untuk dewasa..... tennis court dan tempat untuk BBQ.



Kami dah nak balik.... jari2 budak berdua ni dah kecut2 barulah Cik'Raad, Cik'Ija n baby Arissa join. Rupanya depa pun x tau pasal kolam ni.



Kalau diikutkan budak berdua ni.... memang diorg tak nak keluar dari kolam..... tapi since hari ni hari Jumaat.... nanti nak g solat lagi...... nak tak nak kena naik juga..... itu pun puas memujuk..... nak buat macam mana.... dua2 pun memang gila dengan air. Musim2 sejuk cam ni.... orang lain tak teringin pun nak berendam macam diaorang ni. Sebab tu selama kami dok kat kolam ni tak de orang lain pun yang datang.

Petang tu mengajak lagi ke kolam.... tapi Abah ajak ronda2 keliling NCC..... guess what.... terjumpa pulak ngan Gym.... yang betul2 bersebelahan dengan tempat main budak2. Apa lagi.... ber-excersice-lah pulok! sampai tak sedar orang dah Azan.

0 comments: