Beli Uniform Sekolah

>> Tuesday, December 7, 2010


Pagi ni kami ke sekolah untuk shopping baju sekolah..... termahal setakat ni. Sebelum ni tak pernah lagi shopping baju sekolah sampai cam tu punya harga.... nak wat cam ne.... nak tak nak kena beli jugak. Tapi nasib tak baik seluar untuk Haikal tak ada saiz. Seluar untuk Aisya pulak tertukar saiz masa kat sekolah tadi ukur untuk saiz 2 cam dah ok.... bila balik tengok2 semua seluar tu yang bersaiz 0 lah pulak.... nasib baik Mr. Muhammad yang incharge uniform tu tadi dah pesan kalau tak sesuai esok boleh tukar lagi..... nampak gayanya esok dua2 Haikal n Aisya akan pakai jeans gi sekolah.


Bakal Jadi sekolah Haikal n Aisya



Haikal saje je inter-frame..... tak pelah kasi can.... tu dalam beg tu penuh dengan uniform. Kat sini kami boleh pilih nak pakai shirt or T-shirt. Even untuk girls pun pakai seluar panjang as uniform.... Kami pilih T-Shirt... senang dah lebih selesa. Dan, kasut is not a part of uniform.... so pakai ajelah apa2 kasut yg kita rasa sesuai.


On the way tuk balik ke NCC, jiran kami Cik' Raad telepon Abah.... ajak jalan sama2 since dia pun nak keluar ke Ruwais Housing. Pas tu... abah ngan Cik' Raad sama2 pakat nak gi makan kat Gayathi. So.... kami pun turun dari coaster NCC kat pasar buah... kat sini ada jual barang2 basah.... ikan... daging.... barang2 dapur.... juga buah2..... Haikal sempat snap beberapa gambar guna telepon Mak. Mana tahu hari ni nak gi jalan2 masa keluar pagi tadi cuma ingat nak gi sekolah aje... mak tak bawalah kamera. Kami pun belilah juga barang2 dapur serba sikit..... dapat ikan Aye hitam.... bahasa canggihnya Ikan Tongkol.... orang putih kata Tuna Fish.... Boleh wat masak singgang esok.... ngan sambal belacan.... ikan goreng dan sayur terung goreng.... emmm.....sedap tu.... selera Terengganu sudah mari......


Pasar basah di Central Market


Abah tengah beli ikan..... pasar kat sini setiap satu gerainya duk kat dalam bilik masing2 tak bercampur..... pasarnya juga kering tak macam kat pasar Kerteh.



Orang kat sini tak kenal ikan bilis kita yang halus2 tu...... depa tahu ikan bilis yang ini je lah.... sian kan.... ish!ish!ish!....


Selesai berbeli belah serba sikit..... kami ke Gayathi.... kat sini yang popularnya....KARUF..... ala2 nasi beriyani dengan ayam atau kambing yang dibakar. Sekali bila sampai kat tempatnya terkejut bukan main..... pekannya tu tak ubah cam pekan koboi (ikut kata mak), Cik' Ija wife Cik' Raad pula kata cam pekan yang baru lepas kena bom. Dah masuk kat dalam kedai makan tu lagi kami terkejut..... rupanya kat sini semuanya pakai dok bersila...... dan nasinya dihidang dalam dulang.... Haikal ngan Aisya cukup terkejut..... haikal siap tegur lagi... Besarnya pinggan!!!




Inilah rupa kedai yang jual Karuf yang best tu!



Sian baby arissa.... orang lain sedap2 makan.... dia asyik terguling2 aje...


Abah ngan Cik'Raad tengah menghayati keenakkan karuf.....


Apa cerita tah orang ni 3 beranak......


Inilah rupanya Karuf tu..... kat tengah tu ayam dan kambing bakar yang sangat sedap.... daging kambing tu lembut sangat...... khabarnya kambing tu kambing muda......untuk orang Malaysia dan Indonesia.... Karufnya akan ditambah dengan lada hijau.... sebab depa tahu orang melayu ni suka pedas. Lawan untuk karuf ni adalah teh pekat berdaun pudina.



Anak2 mak yang sabar menunggu Karuf...... Aisya banyak sungguh makan....
berselera betul dia




Cik'Ija n Baby Arissa......

0 comments: