2 December 2010

>> Thursday, December 2, 2010



Alhamdulillah...... usai sudah melunaskan rukun Islam yang kedua. Subuh2 gini terasa pulak nak buat sikit catatan di blog ni yang dah agak lama tak bersentuh. Sebelum ni blog ni adalah blog private kami aje..... tapi rasanya kalau Abah izinkan nak open blog ni tuk public pulak lah..... saja... boleh share2 cerita dan pengalaman dengan others. Maklumlah hidup ditempat baru tuk kami yang masih tersangat baru dengan pengalaman sebegini rasanya amat perlukan bimbingan dan panduan dari yang lebih berpengalaman.....

Hari ni adalah hari kedua kami berada di Hotel Sands ditengah2 bandar Abu Dhabi. Selepas subuh semalam kami telah bertolak dari Ruwais untuk ke sini dengan menaiki bas yang telah di-provide-kan oleh Borouge. Dari segi menyediakan kemudahan untuk staff2-nya, Borouge memang boleh dipuji. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini memang disediakan setiap hari tak kiralah bas penuh atau pun tidak. And..... its free.....


Dari Ruwais ke Abu Dhabi.... perjalanannya lurus aje macam tak ada penghujungnya.... kiri kanan padang pasir yang ada pokok2 palma aje....



Kesan dari bangun awal sangat..... separuh perjalanan adik cuma tidur aje





Masa bas berhenti nak isi minyak.... tiba2 aje adik bangun



Haikal kata ni tasik garam.... sebab dia nampak ada benda yang crystalize
kat permukaan pasir tu




Ni dah nak sampai kat Abu Dhabi.... atas jambatan yang kami tak tahu namanya apa




Masjid Besar Sheikh Zayed... masjid yang sangat cantik



Kami kesini adalah untuk mendapatkan cop dan signature atau senang cakap pengesahan dari kedutaan Malaysia bagi dokumen2 untuk kemasukan Haikal dan Aisya ke sekolah..... ala.... urusan2 birokrasi yang amat melemaskan........ Masa dalam bas tu... Abah receive call dari sekolah bagitau yang result periksa untuk Haikal n aisya dah siap tapi depa tak nak bagitau result tu unless kami dapat hantar complete dokumen dulu..... leceh! nak main2 lah pulak..... set appoinment.... hari Isnin depan kami akan ke sekolah with a complete document..... tak suka dengan birokrasi.



Dah sampai kat Malaysia Embassy...... rindu kat Jalur Gemilang tu.... rasa cam dah balik Malaysia lah pulak




Di depan Malaysia Embassy.... sayangnya tak ada sorang pun Malaysian yang kami jumpa kat sini yang dok kat kaunter tu pun Arab. Tapi cara kerjanya tetap sama benda yang simple pun asyik nak ditangguh2kan

Untungnya semua urusan cop-mengecop dapat siap awal semalam. Depa memang bekejar nak siap keja awal sebab start dari hari ni UAE akan bercuti panjang bermula dengan sambutan hari merdeka pas tu continue dengan apa2 cuti tah termasuklah cuti hijrah......



Selesai dah urusan di kedutaan tengah tunggu teksi nak ke Marina Mall




Ada sikit tanda2 tension sebab susah bebenor nak dapat teksi kat area ni




Masa yang ada semalam kami penuhkan dengan mencari kasut dan beg sekolah untuk Haikal dan Aisya. tak tahu berapa kali tawaf Marina Mall semalam entah.... letihnya Allah saja yang tahu. Banyak benda baru yang kami jumpa semalam.



Akhirnya sampai gak di Marina Mall




Haikal di Food Court Marina Mall.... tengah tunggu pizza




Aisya yang tak tahu nak order apa...... harga makanannya mak ai! tak sanggup nak sebut.... MAHAL!!


Otw balik ke Hotel.... masa tu dah pun malam.... jalan jem gila....rupanya celebration untuk national day yg ke 39 tahun dah pun start. Teringat sambutan merdeka kat Malaysia..... selama hidup 37 tahun tak pernah sekali pun get involved dengan sambutan yang selalunya happenning kat area KL especially kat dataran merdeka. Merdeka untuk kami adalah hari cuti dah tengok perarakan kemerdekaan kat dalam TV. Memang tak comfortable dengan keadaan crowded. Tapi semalam di tempat orang, kami dah terperangkap dalam keadaan yang sangat menyesakkan.....

Eh! eh!..... sayang comel mak dah bangun.... oklah stop dulu...... salam....

0 comments: