Jauhnya perjalanan kami kali ini......

>> Saturday, October 9, 2010


Semuanya start bila dapat message dari Abah, 14/09/2010... abah bagitau yang abah dah dapat rumah sementara tapi kena bawa family paling cepat pun dalam tempoh sebulan dari tarikh tu..... So, kalau diikutkan plan awalnya kami cuma akan berangkat ke sana selepas Haikal n Aisya start cuti sekolah dan selepas raya Haji. Tapi something happen..... orang yang incharge pasal rumah tu tak boleh jamin yang kalau kami pergi sana macam yang kami plan tu.... rumah tu akan still available untuk kami sebab tarikh yang kami decide untuk ke sana tu sebenarnya dah terlepas dari tempoh masa yang diberikan untuk semua nominated masuk ke rumah tu. actually rumah yang ada tu cuma dalam 50 buah aje sedangkan nama pemohonnya ada beratus-ratus. walau pun rumah tu cuma rumah sementara aje tapi kalau kita dah dapat duduk kat situ chances untuk kita dapat permanent house kat Ruwais Housing nanti lagi senang sebab kita akan jadi first choice untuk ditempatkan di sana nanti.

Lepas fikir2 10-20 kali so kami decide untuk kesana on 29/9/2010.... lagi pun dalam seminggu dua ni... Haikal n Aisya tak berapa belajar lagi since diaorang pun baru lepas habis ujian lepas raya hari tu.... tapi to be polite.... kami buat juga surat untuk sekolah just to inform yang both of them takkan ke sekolah dalam tempoh seminggu ni ......atas urusan yang tidak dapat dielakkan di Abu dhabi.....

Nak dijadikan cerita pula on 26/09/2010 Wan, Aki dan Myra pula sampai ke kerteh ni.... Aki just datang hantar aje.... petang tu juga Aki balik ke Pekan. Wan dengan Myra pulak kononnya nak stay kat Kerteh ni sampai hari ahad nanti. Tapi bila dah jadi macam ni.... nampaknya plan tu tak boleh jalan.... kita hanya mampu merancang ALLah yang menentukan segalanya.

Abah sampai ke Kerteh untuk jemput kami pada petang 27/09/2010 hari Selasa. Hari rabu pulak Aki sampai untuk jemput Wan dan Myra..... Dan pada subuh 29/10/2010 Aki, Wan dan Myra hantar kami ke airport Kerteh..... dan hari ini perjalanan kami pun bermula..................

Bermula dari airport Kerteh, kami ambil flight Fireflyz ke Kuala Lumpur pukul 7.30 pagi.... sampai ke airport Subang dalam pukul 8.30. Masa di airport Kerteh memang tak ada gambar yang diambil sebab since ini first experiance nak naik kapal terbang.... macam2 rasa ada kat dalam perut ni takut tu dah memang sure lah.... berdebar ... nak ter..... macam2.... mata asyik melilau cari toilet... tapi masa ni apa pun tak nampak. Pendek kata memang tak senang duduk.

Bila dah duduk kat dalam flight tu.... Ya Allah debarnya semacam aje.... tapi budak2 ni sempoi je depa seronok lagi ada. Maknya aje yang tak betul.... semua cerita2 org pasal experience naik fligt berlegar2 kat dalam kepala. Pas tu rencana2 yang selama ni dok tengok kat dalam TV pasal accident kapal terbang habis ingat semuanya.... habis ayat baca. Especially masa flight nak take off..... betui lah apa yang depa dok kata pasal flight kecik ni bila depa nak naiknya akan ada sikit goyang. perjalannyanya tak lama makan masa sejam je..... tapi masa masuk KL tu hujan lah pulak. Selalu macam ni untuk 1st experience selalu dapat macam2 dugaan...... lastly Alhamdulillah akhirnya selamat jugak.

Sampai di airport Subang kami terkocoh-kocoh ambik teksi ke KLIA pula kami cuma ada masa dalam satu jam aje sebelum check-in untuk flight seterusnya. Wah!!!!! kalut semacam...... mata ni pulak asyik melilau tengok keliling maklumlah 1st time sampai KLIA pastu nak kena cam banyak tempat sebab lepas ni kami nak kena g sendiri pulak Abah dah tak boleh mai jemput lagi macam ni. Baru tahu rupanya untuk naik kapal terbang kat KLIA ni dari main airport kami kena naik train pulak..... wah!!! canggih gak Malaysia ku ini.... atau kami ni aje yang ke-jakunan hehehe.....




ni dah dok tunggu depan gate.... lepas lelah berkejaran...


Aisya dan abah yang tak reti nak duduk diam....


Wah...wah..... aksi manja Aisya ngan Abah



gambar ni Aisya yang snap..... muka mak dah tak pucat lagi....
dah tak takut naik kapal terbang


Sejam sebelum masa berlepas kami masuk ke bilik menunggu.... belum tu kena scan dulu bag dan check passport ngan tiket. Steward yang check tu minta kami dok kat line depan sebab kami ada anak kecik....aik! anak kecik mana..... or may be they consider yang budak2 ni as budak2 kecik..... apa2 je lah.... masa menunggu kat situ dapat tengok macam2 rupa manusia tapi yang ramainya muka macam ala2 PATAN..... punya ramai lah yang bawak baby.... sana sini dengar baby menangis.... wah!!! macam ni dah boleh bayang macam mana kat dalam flight nanti..... sabau je lah.....

Nak naik flight ni Mak tak rasa takut sangat sebab depa dok bilang kalu flight besar kita x rasa goyang dia. Betui pun apa yang depa dok kata tu..... nak kapal terbang besar ni tak le serun cam naik hak kecik tu....... rasa macam naik bas ja.... ambik pulak tempat duduk line tengah.... lagi sempoi....

Untuk pengalaman pertama ni kami naik flight MAS MH160 airbus 330...... ha! tu dia detail!!....
Mungkin sebab ni kali pertama naik kapal terbang.... mak rasa ok lah gak flight MAS ni.... ya... lah kita tak biasa terbang macam mana nak compare2 ngan flight lain.... tapi Abah ada banyak complen.... macam2... serba tak kena. Mak suka ngan crew2nya.... bila tang layanan tu... untuk kita sama2 Malaysian diaorang treat kita macam family.... seronok. Lagi pun kalau ada apa2 tak yah susah2 cakap orang putih.

Abang Haikal macam biasalah dengan bukunya langsung tak hirau orang nak ambik gambar ke apa ke.....


Banyak snap gambar kat dalam fligt ni sebab Wan ngan Mama dah pesan suruh ambik gambar... tapi tak pe.... tak nampak cam jakun sangat sebab ramai passenger lain pun dok sibuk bergambar.... agaknya depa pun baru ni la naik kapal terbang kot! hehehe....


Aisya tengah baring sambil tengok movie..... cerita apa tah!

tak habis lagi sessi bergambar...hehehe....


Tengok aisya complete..... apa aje yang disediakan semuanya digunakan..... pakai headphone tengok movie sambil berselimut...... tapi sekejap je.... lepas tu semuanya tu berterabur....



Lunch time! tapi untuk budak2 mealnya disediakan dulu mungkin untuk mudahkan mak budak layan anak2nya makan sebelum sampai giliran mereka pulak. Comment sikit pasal makanan provided.... emmmm sedap.... kalau tak silap untuk lunch ni ada nasi putih ngan lauk ayam masak merah.... dan yang paling best.... dapat Ferrero Rochere....


Perut dah kenyang..... apa lagi tidur time ! ! baik anak baik bapak semuanya selamat.... tinggal Mak sorang je yang terjengil biji mata.... tak reti nak tidur siang2 hari.... eewahh!! tapi yang sebenarnya Mak dah tersangkut kat novel Diari Yayah yang Aisya beli konon nak baca masa kat dalam flight. Tapi kesudahannya Mak yang baca.



lenanya aisya tidur tak terganggu oleh apa2 pun.... biarpun bakground punya sound ya rabbi!


Ada satu scene yang tak menarik..... Mak tersangkut kat dalam toilet.... kalut semacam... bukannya apa yang sebenarnya Mak tak pandai nak buka pintu.... caranya senang aje... tapi dah tak biasa.... mula2 masuk tu dah suspen apsal tak de bekas nak guna untuk ambik air ( dalam toilet tu tak de paip yang ada sinki aje).... sebelum tu abah dah cakap kat dalam toilet tu untuk mencuci kena guna paper cup and air dari sinki. Masalahnya Mak tak jumpa paper cup tu kat mana.... pas tu pulak tak tahu macam mana nak buka pintu.... Ya Allah masa tu rasa macam nak pitam je.... dalam dok kalut2 tu tiba2 pintu tu terbuka..... Mak terus keluar terus gi duduk.... debar tak sah nak kata le...... hajat yang tertunda tu hanya tertunai masa flight berhenti sejam kat Karachi.

Opss lupa lak nak cerita, flight ni berenti selama sejam kat Karachi.... ramai gak passenger yang turun kat sini.... tinggal berapa kerat je yang stay untuk ke Dubai termasuk le kami. Dan, passenger yang naik dari Karachi ni...... emmmm..... paham2 ajelah ya..... set2 Pakistan.... masa flight nak take off.... kita semua diminta off-kan telepon dan semua barangan elektrik... tapi puak2 ni langsung tak hirau..... kesian tengok crew2 tu wakalam kalibut nak meng-handle minta off kan langsung tak kesah..... asyik tergeleng2 bukannya sorang yang macam tu..... ramai! Mak takut betul.... kalu jadi apa2 bukannya diaorang je yang kena..... tapi semua.... rasa macam serik je nak share flight dengan manusia macam ni.

Nasib baik dari Karachi ke Abu Dhabi tak lama lebih kurang 3 jam je....... dah landing kat Dubai dapatlah kami tengok airport Dubai yant tersangatlaaaaaaaaaaaaah panjangnya tu. Letih dok kat dalam flight tak hilang lagi dah ditambah dengan letih berjalan merentas airport tu......



Adik keletihan di airport Dubai....

Lepas ni perjalanan kami tersangat panjang lagi........ dengan teksi yang termahal di dunia dari airport ni ke Abu Dhabi ambil masa 2 jam untuk sampai dan dari stesen teksi Abu Dhabi ke Ruwais...... juga ambil masa 2 jam..... total-nya 4 jam....... LETIH!

0 comments: