7 October 2010

>> Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah..... selepas 7 jam dalam penerbangan yang sangat2 mencemaskan mak (mak sorang je orang lain sedap je tido) akhirnya kami mendarat di Kuala Lumpur dengan selamatnya. Tapi sebenarnya perjalanan kami panjang lagiiiiiii........ nak ke Kerteh. Tu pun tak tahu lagi cam ne caranya.


Mula2 Abah decide nak naik flight ke Kuantan pas tu ambik teksi ke Kerteh. So.... bergegas2lah kami ke kaunter Mas. Sekali bila tahu tambangnya.... tu dia mak engko.... RM1500. Tu tak masuk tambang teksi dari Kuantan ke Kerteh lagi..... so cancel plan ni....

Pas tu terfikir nak naik Fireflyz ke Kerteh terus..... tapi lambat sangat petang nanti baru ada.... apa kami nak buat sementara tu kat KL ni..... cancel gak plan ni.

Tup2 Mak teringat ada kawan Abah yang pernah balik sekejap ke Malaysia dalam tempoh sekejap tak lama dulu.... dia sewa kereta kat KLIA je. So why not kami try sewa kereta je.... lagi pun flight Abah ke Abu dhabi esok hari je. Pas g tanya sana sini akhirnya kami dapat sewa kereta yang sangat baik kondisinya. Kereta Persona warna maroon. Sewa untuk 2 hari RM300. Bolehlah tu........

Dalam pukul 3 petang kami dah sampai Kerteh. Alhamdulillah.

0 comments: