3 Oct 2010

>> Monday, October 11, 2010

Hari ni Abah kerja malam..... so paginya kami decide nak gi jalan2 kat sekitar Ruwais Housing. Nak gi breakfast kat cafe tak sempat jadi pagi ni sarapan Abah yang buat..... maggi goreng.... sedap.




Abah tengah tunjuk kepakarannya memasak......




Hasil masakan Chef Abah..... nyum....nyum.... maggi kari goreng



Memandangkan kami masih belum ada transport sendiri makanya terpaksalah guna transport yang disediakan..... untuk waktu pagi ni ia akan bergerak ke Ruwais dalam pukul 9 pagi dan kembali ke NCC dalam pukul 11 pagi . kalau tak silap t/hari pun ada jugak tapi tak sure pukul berapa dan waktu petangnya dalam pukul 5 petang dan balik semula ke NCC pukul 7 petang.

Since... inilah first time, kami keluar agak awal.... coasternya belum lagi sampai.... nak balik rumah semula malas...... walau pun jaraknya beberapa langkah aje...... Hari awal lagi tapi cuacanya mak ai! boleh tahan panasnya. Bila kita keluar aje dari rumah tu kita boleh hidu satu bau yang kalau boleh di-describe-kan macam bau pasir terbakar.

Sementara tunggu coaster tu..... sempat jugak main2 kat playground.... tengok Abang Haikal siap duduk terus kat atas pasir. Kalau biasanya kita tengok playground surrounded dengan pokok2 tapi kat sini backgroundnya padang pasir semata.




Kaut pasir tu Adik.... jangan tak kaut.... beria2 dia main....
ingat cam kat pantai kemasik ke?



Pukul 9 pagi coaster pun sampai...... tak ramai yang keluar hari ni selain kami ada 2 orang yang lain lagi..... sebenarnya hari ni hari bersekolah dan bekerja siapa yang ada masa nak jalan2 selain kami...... tapi seronok jugak bila tak ada orang macam ni... gaya punya supir peribadi gitu....


Adik kat mana2 pun boleh berposing.....




Rupanya jauh juga dari NCC ke Ruwais Housing.... dan pemandangan disepanjang jalannya sama aje....... pasir sesaja



Sempat bergambar disalah satu dari 5 buah Masjid yang ada disekitar Ruwais Housing Complex ni. Tak banyak kedai yang ada kat sini.... marketnya ada 2-3 buah tapi shopping complexnya masih belum ada. Still dalam perancangan. Untuk dapat barang2 seharian memadailah kalau ke sini tapi kalau nak shopping2 kenalah ke Abu Dhabi.





Budak2 ni tak habis gelak masa depa tengok kotak ni.... perasan tak namanya apa? kalau kat Malaysia kan Coco Crunch..... tapi kat sini.....



Manisan2 Arab yang sempat kami beli. One of it is Baklava.....sedap!!!



Balik dari ronda2 tak ada apa yang nak dibuat...... selain main komputer.... tu pun setakat game yang ada kat dalam lappy tu aje..... sebab talian internet masih belum ada lagi.


0 comments: