1 Oct 2010

>> Sunday, October 10, 2010

Secara rasminya ini adalah hari pertama kami di Ruwais. Kesan dari perjalanan yang sangat panjang semalamnya.... letihnya masih lagi terasa. Hari ni kami just duduk lepak kat dalam bilik bujang abah di Royal...... Hari ni abah kerja siang. Kalau diikutkan family are not allowed here tapi kami tak ada tempat lain dah nak lepak, sementara nak tunggu Abah balik dari kerja malam nanti dan kami akan check-in ke rumah untuk family yang disediakan di National Catering Cafe Camp (NCC).



Disebabkan tak ada apa yang nak dibuat maka sepanjang hari
Haikal n Aisya main game saja, nak tengok TV pun asyik cakap arab je
sepatah haram pun tak faham.



Hari ni kami sarapan awal..... sebelum Abah pergi kerja pagi tadi dalam pukul 6 pagi.... Abah ada ambilkan sarapan untuk kami. Dan... dan tu juga kami bersarap..... memang rasa cam pelik tapi kalau di-consider-kan waktu di Malaysia masa tu sebenarnya dah pun pukul 10 pagi. Dalam pukul 10 pagi waktu UAE perut kami dah lapar semula..... mencerut2 rasanya.... apalagi maggi lah yang menjadi santapan seterusnya. Perbezaan masa selama 4 jam sebenarnya banyak bagi effect pada kami..... kebiasaan dengan waktu di Malaysia yang awal 4 jam dari disini. Badan kita hanya dah serasi dengan waktu di Malaysia akan bertindak mengikut kebiasaanya.... sebab tu kita lapar dan mengantuk awal.





Sebelum solat Jumaat, one of kawan Abah.... Pak Cik Wanddy datang hantarkan makanan untuk lunch kami. Kalau diikutkan waktu tu adalah dalam pukul 3-4 petang di Malaysia. Rezeki..... kami makan aje..... sedap jugak! ada kari kambing lagi..... see the picture....ini sebenarnya saiz makanan untuk seorang........ kami makan 3 beranak tak berhabis.....



Lepas Maghrib Abah balik dari kerja..... kendian kawan Malaysia Abah.... Pak Cik Wanddy dan Pak cik Zul datang.... kami akan berpindah malam ni ke NCC. barang2 akan diangkut dengan kereta Pak Cik Wanddy..... Abah ngan Pak Cik Zul masih belum punya kereta lagi. Kat sini untuk dapatkan lesen memandu sangat susah..... tak ada lesen tak boleh ada kereta.... nak dapat loan kereta senanglah pulak.....

Dua kali angkut barang baru settle..... akhirnya kami dah pun pindah ke NCC. Perumahan sementara sebelum kami diberikan rumah tetap yang sekarang ni dalam pembinaan. Di NCC ni rumahnya adalah dari jenis speed house. Senang cakap rumah kontena. Tapi kondisinya quiet good juga.... Pak Cik Zul kata ni rumah banglo sebabnya ia rumah sebuah2. Di NCC ni..... semuanya provide macam kita duduk kat hotel.... dari makanan.... dobi..... housekeeping.... everything..... kat sini pun ada playground.... mini market.... tennis court and pool..... Pak Cik Zul pun akan duduk kat sini gak nanti bila familynya sampai nanti. Pengangkutan untuk kami ke Ruwais Housing juga disediakan.... pengangkutan untuk anak2 ke sekolah pun ada.



Ruang tamu.... disediakan sofa dan TV




Ruangan Dapur dan makan.... siap dengan mesin basuh... just in case nak basuh sendiri.... alatan dapur pun ada serba sedikit.... mana tau kot2 nak masak sendiri



bilik untuk anak2.... NCC ni just open untuk mereka yang punya
anak maksimum 2 orang sahaja


Almari di bilik utama


Rumah ni cuma ada 2 bilik aje......


Inilah..... rumahnya.....




Haikal dengan mesin basuh yang dah mengaharu birukan 1st day Mak di NCC..... rupanya mesin ni tak boleh terima sabun basuh yang banyak nanti habis airnya melimpah ruah......



0 comments: