17 April 2010

>> Saturday, April 17, 2010

Hari ni abang haikal dah balik dari berkhemah..... mukanya hitam... terbakar..maklumlah sekarang ni kan musim panas.... comot habis anak mak ni.... bila mak tanya ok tak berkhemah dia cuma cakap ok je. Bila mak tanya lagi nak peergi tak lagi berkhemah abang haikal cakap tak nak... susah!. Rupa2nya dia asyik kena ejek je sepanjang 3 hari 2 malam tu... kesian pulak bila dengar cerita abang haikal. Dia cakap semua orang pun ejek dia melainkan budak2 yang satu khemah dengan dia.



Pedih hati mak bila dengar abang haikal cakap macam tu. Tapi nak buat macam mana.... kita tak boleh paksa semua orang suka kat kita. Abang haikal pulak memang tak pandai nak bersosial dengan budak2 lain. Entah lah tak tahu nak buat macam mana lagi.

Abang haikal balik dari berkhemah dalam pukul 12.00 t/hari.

Read more...

Buka file nak buat lesen memandu UAE...

>> Friday, April 16, 2010

Semalam bersiap sejak dari pukul 6 pagi, naik bas ke Tariff dgn Che Din. Document semua siap dari malam sebelumnya.
Sampai Tariff dalam pukul 8 pagi. Kena buat surat dulu, dengan sorang typist mamat Sudan surat apa ntah bahasa arab, dok pahang starang. Bayar 20 dirham, mahal tu dengan tukar nama kendian copy & paste.
Daftar pas tu gi buat eye test, kendian beratur semula bayar 100 dirham dapat kad belajar. Pegi photostat kad belajar (macam lesen L la..) pas tu daftar kelas bayar 830 dirham. Plan nak gi dgn Che Din on 29th April untuk 1st kelas. 2nd kelas blum tau bila. Periksa bertulis pun tak tau bila lepas complete 2nd kelas la.
Balik naik bas ting-tong ke Ruwais, dah naik siap dapat tempat duduk lagi, drebar bas suruh turun kena beratur beli tiket dulu. Satu pesen diorang ni, ikut prosidur tak boleh ada orang berdiri dalam bas. Jadi untuk ensure tak ada orang berdiri, kena la beratur sebelum naik. Kalau penuh seat, kena la tunggu next bas adalah dalam sejam lepas tu. Nak beratur tu paham la dengan mamat india/pakistan bas tak gerak pun seat pun banyak lagi tapi diorang punya berebut kalah masa berebut naik bas kat Taman Tamadun Islam dulu. Hek..eleh habis orang beratur, suku bas lagi seat kosong berebut bagai nak rak...
Hari ni dah start kerja, hari ni start handle Lab EU sorang... tapi masih dimonitor lagi oleh Pak Asep Yono... kalo ngak faham...Kang Asep, bagemana mahu dibikinnya... waduh...waduh...

Read more...

15 April 2010

Semalam Mak memang marah betul dengan Haikal..... sibuk sangat nak gi berkhemah.... padahal bukannya dia tak tahu yang sekarang ni musim panas..... dia tu pulak bukannya kuat sangat... senang2 aje boleh dapat sakit..... tapi keras betul hati dia nak pergi jugak.... sebenarnya dah banyak hari gak mak cuba pujuk dia jangan pergi.... tapi dia nak jugak pergi.

Pagi2 lagi mak dah siap2kan barang yang dia kena bawak.... baju2 dan bekalan makanan maggi, beras telur, sardin, bawang merah dan bawang putih.... ubat2nya sekali.... Mak memang berbelah bagi samada nak bagi Haikal pergi atau pun tidak......

Lastly dia pergi jugak...... dalam mak dok marah2 dia tu.... sedih pulak bila Haikal kata "jumpa lagi hari sabtu nanti" masa bersalam dengan mak......


Khemah2 yang ada tak banyak mana pun..... nampak sangat tak berapa dapat sambutan.



Dalam khemah2 nilah Haikal tidur dalam 2 malam ni.....

Harapnya Haikal baik2 aje..... dan dapat pengalaman baru.

Read more...

12 April 2010

>> Tuesday, April 13, 2010

Hari ni 12 April 2010 - birthday mak yang ke 37...... pagi2 dah dapat wish dari Abah. Mulanya ingatkan hari ni akan berlalu macam hari2 lain tak dak apa2 yang special..... Tapi start dari pukul 10 pagi everything change......

Pukul 10 pagi Haikal call minta mak gi ambik dia dekat sekolah on 11 a.m. Hari ni Haikal ada pertandingan SMART ENGLISH anjuran Yayasan Mizan dan Jabatan Pendidikan Terengganu kat sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara Kijal. Kiranya Haikal wakil sekolah and he is the only one boy yang terpilih.... others girls... So, pukul 11 mak gi ambik dia kat sekolah, bawak balik siap2kan dan makan tengahari sekali.... sebab nanti maybe dia akan balik lewat petang. Pukul 12 gi hantar semula Haikal ke sekolah.....

Lepas tu semuanya ikut schedule yang biasa..... sampailah dalam pukul 5.30 Mak dengan adik gi sekolah tunggu Haikal balik. Lambat jugak.... dekat2 pukul 6 ptg baru Haikal sampai.... guess what! sekolah Haikal dapat tempat ke 3 dari 17 buah sekolah yang bertanding. Dan, Haikal dapat highest mark untuk section re-tell. Kiranya Cikgu dia agak bangga jugaklah.... sebabnya unexpected dapat result macam tu.... Mak pun bangga jugak!

Balik dari sekolah petang tu mak dengan Adik baru cadang2 nak siram pokok bila tiba2 aje Kak Lina (Mak Lang ) sampai dengan kek dan hadiah Birthday Mak..... seronok masing2 petang tu tak pasal2 dapat makan kek.


Adik tengah makan kek.....comot


Ni hadiah birthday Mak beg untuk laptop


handmade by Mak Lang


Kek birthday Mak sibuk sangat nak potong sampai lupa nak taruk lilin

Read more...

Keputusan periksa OTI 1

>> Wednesday, April 7, 2010

Ni keputusan periksa periksa OTI 1 adik.... adik dapat semuanya A. Ada 3 subjek yang dapat 100. Yang paling rendah ialah sains 92. tu pun sebab soalannya yang meng-confused-kan. Adik pulak tak tunjuk paper sains tu kat mak.... adik sorok... agaknya dia takut mak questioned dia banyak2 kot.


Result periksa OTI 1 adik.

Untuk abang Haikal pulak.... resultnya sangat2lah mendukacitakan...... abang Haikal dapat straight B. 6B.... langsung tak dapat A. even BI yang selama dia sekolah ni tak pernah dapat grade lain selain A. Kali ni... dia dapat B. Banyak sangat main.... as denda... Abang Haikal tak boleh dah main komputer sampailah dia dapat semula result yang macam dulu2.

Read more...