Adik Oh Adik

>> Tuesday, February 9, 2010

Sekali lagi adik bikin gempar. Kali ni kena sengat pulak. Kena kat kepala jugak. Kisahnya macam ni......petang 8/2/2010 hari isnin mak minta tolong haikal dan adik siram pokok, mak pulak pergi angkat kain. Tak sampai beberapa minit lepas mak tinggalkan budak berdua ni siram pokok.... tetiba je mak dengar dua-dua menjerit... tapi mak tak ambik kesah sangat sebab ingatkan diaorang main-main maklumlah dapat jumpa air.... selalunya pun kalau siram pokok tu diaorang lagi basah dari pokok yang disiram.


Tapi kemudiannya mak pun rasa macam tak sedap hati je..... mak pergi jenguk ke depan nampak Adik tengah menangis kat buai dan Haikal tengah sibuk mengibas2 atas kepalanya. Lepas tu dua2 pun mengadu ada binatang sengat diaorang Haikal tak kena tapi adik yang kena. Mak tengok kat atas kepala adik ada tanda berbintat, bila tanya Haikal apa yang sengat Adik, Haikal tunjuk ke arah Penyengat yang kebetulan ada terbang dekat2 situ.

Kalut jugak Mak tengok adik menangis macam tu..... adik asyik cakap sakit....sakit.... ulang-ulang kali. mak suruh adik mandi sementara tu Mak telepon Wan tanya apa yang nak di buat. Wan pun tak tahu nak buat macammana sebenarnya... terpaksa gi tanya Cik Ros. Lepas siap bersihkan adik, Mak ambik cuka dan letak kat atas kepala adik tu...... ni petua Cik Ros lah ni.....

Lama jugak adik menangis sampai ke malam.... pastu Mak tengok bintat tu pun dah tak ada lagi... Malam tu pun adik boleh tidur lena macam biasa.

0 comments: