Tebuan

>> Tuesday, February 16, 2010

15/2/2010 - Hari ni Mak siram pokok bunga kertas kat depan rumah. Kalau ikut cerita Haikal, minggu lepas masa Haikal dan Adik siram pokok ni lah keluar binatang2 yang sengat adik tu. Mak Nak tahu betul ke tidak...... jadinya masa kat pokok bunga kertas tu Mak pancut air kuat2 dan betul... keluar dalam dua, tiga ekor lebah ( pada perkiraan Mak le). Mak ualang2 buat macam tu sampaikan lebah2 tu datang nak serang Mak pulak.


Bila dah reda sikit, Mak gi jenguk kat bawah pokok tu rupa2nya ada sarangnya saiz lebih kurang 2 penumbuk..... Masalah ni.

Malam tu.... Mak cerita kat Abah.... dan Abah suruh Mak minta tolong Cik Zul potong rumput datang tengok....

16/2/2010 - Hari ni Cik Zul ngan kawan dia datang tolong buang sarang yang ada kat bawah pokok bunga kertas tu..... rupa-rupanya tu bukan sarang lebah macam sangkaan Mak tapi sarang TEBUAN..... ni maknanya hari tu adik bukan kena sengat dengan penyengat tapi Tebuan... bahaya tu.... Alhamdulillah petua Cik Ros tu menjadi .

Read more...

Gambar Dari Ruwais

>> Saturday, February 13, 2010

13/2/2010- Terima 12 keping gambar dari Ruwais. Abah hantar gambar2 ni untuk bagi gambaran pada kami kat sini macam mana life Abah kat sana.



Zul, Wanddy dan Che Din berjalan depan Mahkamah Syariah on the way ke East Market


Tepi Jalan East Market


Sebahagian dari bangunan Ruwais Center


Ruwais Center Mosque


Kat Tepi Roundabout tapi tak ambiklah roundaboutnya


Kat Taman Masa on d way


Kat Depan masjid East Ruwais


Gambar pokok tepi jalan, diaorang jaga pokok2 ni siram hari2


Gambar bahagian belakang perumahan yang mengadap jalan


Gambar Jalan


Deretan rumah.... semuanya bahagian belakang yang mengadap jalan


Gambar diambik dari dalam bas.... blurrrr...








Read more...

Adik Oh Adik

>> Tuesday, February 9, 2010

Sekali lagi adik bikin gempar. Kali ni kena sengat pulak. Kena kat kepala jugak. Kisahnya macam ni......petang 8/2/2010 hari isnin mak minta tolong haikal dan adik siram pokok, mak pulak pergi angkat kain. Tak sampai beberapa minit lepas mak tinggalkan budak berdua ni siram pokok.... tetiba je mak dengar dua-dua menjerit... tapi mak tak ambik kesah sangat sebab ingatkan diaorang main-main maklumlah dapat jumpa air.... selalunya pun kalau siram pokok tu diaorang lagi basah dari pokok yang disiram.


Tapi kemudiannya mak pun rasa macam tak sedap hati je..... mak pergi jenguk ke depan nampak Adik tengah menangis kat buai dan Haikal tengah sibuk mengibas2 atas kepalanya. Lepas tu dua2 pun mengadu ada binatang sengat diaorang Haikal tak kena tapi adik yang kena. Mak tengok kat atas kepala adik ada tanda berbintat, bila tanya Haikal apa yang sengat Adik, Haikal tunjuk ke arah Penyengat yang kebetulan ada terbang dekat2 situ.

Kalut jugak Mak tengok adik menangis macam tu..... adik asyik cakap sakit....sakit.... ulang-ulang kali. mak suruh adik mandi sementara tu Mak telepon Wan tanya apa yang nak di buat. Wan pun tak tahu nak buat macammana sebenarnya... terpaksa gi tanya Cik Ros. Lepas siap bersihkan adik, Mak ambik cuka dan letak kat atas kepala adik tu...... ni petua Cik Ros lah ni.....

Lama jugak adik menangis sampai ke malam.... pastu Mak tengok bintat tu pun dah tak ada lagi... Malam tu pun adik boleh tidur lena macam biasa.

Read more...

2 Februari 2010

>> Tuesday, February 2, 2010

2 Februari 2010, something big happened. Petang tu Haikal ada latihan rumah sukan. Lepas hantar Haikal g sekolah... Mak ngan adik balik rumah... adik wat keje sekolah dan mak baru cadang2 nak tengok ' Senja Permai ' .Tetiba je terperasan yang semak seberang longkang besar tu terbakar.... besar pulak tu apinya... adik sibuk suruh telepon bomba. Tapi mak rasa mesti dah ada orang yang telepon sebab apinya besar sangat takkan orang tak perasan.

Mak suruh adik g sambung buat kerja sekolahnya semula... adik berlari... dan yang mak perasan adik dah melayang jatuh kepalanya hentam sliding door kat tepi TV. Pastu macam tengok film slow motion Mak nampak cermin tu merekah. Masa tu adik dah tertiarap kat depan sliding door. Bila Mak angkat je adik nampak yang dahinya berdarah BANYAK! Ya ALLAH! masa tu rasa macam kalut sangat... tak tahu nak buat apa.... tengok pulak mata adik makin nak tertutup....ngantu dia kata.... sebelum tu adik ada tanya cermin pecah ke? Aisya minta maaf sebab buat cermin pecah......

Tengok darah dah semakin banyak... apa lagi terus bagi adik towel utk pekup luka, start kereta.... sebelum tu pergi ambik Haikal kat sekolah dulu....merata gi cari pakcik ni sorang...dua tiga kali pusing baru jumpa....Pastu terus ke klinik... Alhamdulilah lukanya tak dalam cuma calar2 je yang banyak...

Balik tu terus ke LMart cari kertas hitam cadangnya nak buat tutup bahagian cermin yang berlubang tu.



Sliding yang dihentam Adik..... apa nak buat dengan sliding ni?..... nampak gaya kena tunggu Abah balik baru boleh settle.



Abah baru pergi dalam 11 hari dan Wan baru balik semalam... macam2 dah jadi...... Ya Allah Berikan kami kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Amin



Read more...